HOT : ADAM ADLI - SAYA ADA PEGUAM DAN PAKAR PERLEMBAGAAN MENYOKONG SAYA...


Mahasiswa kontroversi, Adam Adli Abdul Halim mendakwa Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) tidak mempunyai asas kukuh untuk mendakwanya atas dua pertuduhan yang dikeluarkan universiti itu.

"Saya sudah berbincang dengan beberapa pihak termasuk peguam dan pakar dalam Perlembagaan yang berpendapat, Upsi tidak ada asas untuk dakwa saya. Saya akan kemukakan surat kepada Upsi supaya gugurkan dakwaan," katanya ketika ditemui selepas menyertai Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) bersama Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) memulakan siri jelajah negara, menyerahkan memorandum dan tuntutan Kebebasan Akademik kepada Kerajaan Negeri.

Memorandum diserah­kan oleh Pengerusi Bebas, Muhammad Safwan Anang kepada Setiausaha! Politik Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor, di pekara­ngan Wisma Darul Aman.

Adam Adli berkata, pihak universiti telah menghantar surat panggilan hadir perbicaraan pada 9 Januari depan, berhubung kes membabitkan dirinya yang didakwa mencemar nama baik Upsi dan ancam ketenteraman awam.

Dua pertuduhan itu tidak berasas, apa maksud saya cemar nama baik Upsi, sedangkan saya tidak lakukan jenayah atau ditahan polis. Malah setakat ini, polis tidak ambil keterangan daripada saya," katanya.

Aktivis pelajar yang juga penuntut Upsi ini dikatakan bertindak menurunkan bendera wajah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Ibu Pejabat Umno sewaktu demonstrasi 17 Disember lalu.

Ketika memorandum diserahkan kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Sa! ifuddin Abdullah, Adam Adli dikatakan berbuat demikian secara spontan.

**Hebat mahasiswa sekarang ni...siap ada peguam dan pakar pelembagaan lagi sebagai penasihat...Siapa yang bayar bila menggunakan khidmat mereka? atau Anwar yang bekalkan peguam dan pakar perlembagaan itu??
Read More @ Source



More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??

Jho Low's Girlfriend Paris Hilton drunk and flashing panties ...

Scandal: Alyssa The Scandal Queen