HOT : TOLONGLAH, NAK TERMUNTAH EP BACA ARTIKEL INI...ANWAR PEMIMPIN HEBAT DAN SUCI...


Kita tidak boleh menafikan hakikat itu.  Dimana sahaja Anwar berucap, khalayaknya bukan setakat orang Islam atau orang Barat sahaja, malah terdiri dari pelbagai kelompok.  Anwar bijak menyampaikan buah fikirannya tanpa dalam masa yang sama menyentuh sensitiviti mana-mana pihak yang mendengar.
Anwar mungkin adalah satu-satunya pemimpin yang tidak gentar bercakap mengenai kebaikan dan kemurnian Islam di hadapan pemimpin Kristian dan Yahudi.  Anwar juga tidak kekok bercakap di dalam forum orang Islam, mengupas segala jenis pembaharuan dalam Islam bagi membolehkan perbezaan yang wujud dengan masyarakat barat dapat dikurangkan, kalau tidak dihapuskan terus.
Maka itu tidak hairan kenapa undangan untuk Anwar berucap dari seantero dunia seakan-akan tiada penghujung dan dalam masa yang sama, sedikit masa perlu diluangkan untuk ceramah d! alam neg ara, ceruk kampung atau desa bagi menyampaikan amanat dan membentangkan hala tuju Pakatan Rakyat jika akhirnya nanti berjaya juga menawan Putrajaya.
Penulis tidak pasti sama ada masyarakat kampung yang bertuah mendengar Anwar sendiri menyampaikan ceramah di kawasan masing-masing itu sedar atau tidak bahawa batang tubuh yang berdiri di depan mereka itu adalah sebenarnya seorang pemidato hebat yang mana buah fikirannya berkumandang hampir disetiap ceruk dunia – bukan ceruk dimana dia menyampaikan ceramah itu sahaja.
Inilah yang penulis nak tekankan, disebalik kontroversi Dr. Badrul dan Imam Mahdi itu, masih lagi perlu diakui bahawa Anwar adalah seorang pemimpin yang hebat dan suci dalam masa yang sama.
Suci dalam erti kata merapatkan perbezaan antara dunia Islam dan dunia barat tanpa perlu menumpahkan darah sesiapa.
Mungkin cara Dr. Badrul menggambarkannya itu agak 'ke dalam' dan sukar bagi orang biasa memahaminya, tapi maksud yang nak disampaikan itu masih lagi sama – Anwar adalah pemimpin hebat dan kita sebenarnya bertuah mempunyai seorang seperti ini dikalangan kita.
Anwar sebenarnya tidak perlu disamakan atau digambarkan sebagai Imam Mahdi, pelbagai kerja-kerja baik beliau sedia ada pun sudah menunjukkan bahawa beliau memang seorang yang istimewa. - Suara Pakatan Rakyat
**Apa komen anda setelah membaca artikel ini??
Read More @ Source



More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??

Jho Low's Girlfriend Paris Hilton drunk and flashing panties ...

Scandal: Alyssa The Scandal Queen