Wad bersalin Hospital Putrajaya sentiasa penuh

Wad bersalin Hospital Putrajaya sentiasa penuh

IBU BIMBANG
Precint 11, Putrajaya

SAYA adalah seorang warga Putrajaya ingin mendapat penerangan jelas daripada Hospital Putrajaya berkenaan dengan masalah Wad Bersalin yang sentiasa penuh di hospital itu.

Bagaimanakah prosedur yang dijalankan oleh pihak Hospital Putrajaya dalam menentukan siapa yang berhak untuk diberi keutamaan bersalin di Hospital Putrajaya? Adakah kepada semua penduduk Putrajaya ataupun untuk penduduk di luar Putrajaya juga.

Saya akan melahirkan 'cahaya mata' pada sekitar Oktober 2011.

Saya telah menetap dan bekerja di Putrajaya lapan tahun dan anak saya pun lahir di Hospital Putrajaya. Saya memang mahukan anak-anak saya lahir di Putrajaya dan menjadi warga Putrajaya, dan satu-satunya pilihan yang saya ada hanyalah Hospital Putrajaya kerana di Putrajaya tiada hospital swasta untuk dijadikan alternatif sekiranya Hospital Putrajaya penuh.

Saya melahirkan kebimbangan ini kerana setiap kali saya mendapat rawatan di Dewan Bersalin, Hospital Putrajaya, inilah masalah dan rungutan yang saya dengar. Kadang-kadang terjadi pertengkaran kerana masalah wad yang tidak mencukupi dan terpaksa dirujuk ke Hospital Kajang atau Serdang (tanggungan pesakit sendiri).

Masalahnya, Kajang dan Serdang bukan Putrajaya tetapi Negeri Selangor (Kod KP 10 dan bukan 16).

Saya berharap pihak hospital dapat memberi penjelasan akan perkara ini kerana sebagai warga Putrajaya sudah semestinya saya mahu anak saya lahir di tanah bertuah ini, Putrajaya.


Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

Scandal: Alyssa The Scandal Queen

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??

VIDEO HOT : HABIS NAMPAK SEMUA BARANG-BARANG DALAM BILA GADIS-GADIS KELANTAN NI BERGADUH...