PANAS : LIM GUAN ENG MENGELABAH BILA KERJA SELEWENGNYA DIKETAHUI UMUM.....



Pergerakan Pemuda UMNO mendesak Ketua Menteri, Lim Guan Eng menjelaskan dakwaan penyelewengan wang Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) bagi melunaskan bil rawatan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang cedera kerana terlibat dalam perhimpunan haram Julai lalu.

Ketua Penerangannya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, dakwaan tersebut yang kini tersebar luas di Internet selepas didedahkan blog http://empayar-pemuda.blogspot.com, memerlukan penjelasan mengenai beberapa isu kritikal.

Antaranya kata beliau, adakah wajar PBAPP menanggung kos rawatan sebanyak RM8,434.05 terhadap kecederaan Mat Sabu yang berpunca akibat aktiviti yang salah di sisi undang-undang.

Sedangkan, kata beliau, kandungan Perjanjian Kolektif antara PBAPP dan kesatuan kakitangannya sendiri ada menyebut bahawa syarikat itu tidak akan menanggung sebarang kos bersangkutan kecederaan, kesakitan atau kecacatan yang diakibatkan oleh penyertaan kakitangan dalam aktiviti haram.

Umum sudah mengetahui malah, mahkamah awal-awal lagi mengeluarkan arahan bahawa Bersih adalah satu pertubuhan dan perhimpunan haram, dalam isu ini, kita percaya Mat Sabu menerima rawatan itu selepas terlibat dalam perhimpunan tersebut.

Jadi wajar ditanya, jika pekerja PBAPP yang saban hari membanting tulang menyumbang kepada kemajuan syarikat diikat dengan perjanjian ini, apa pula keistimewaan Mat Sabu sehingga me! ndapat p engecualian? Adakah kerana dia ahli lembaga pengarah? katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Reezal Merican turut mendedahkan salinan memorandum pembayaran bertarikh 3 Ogos 2011 yang dirujuk sebagai Bayaran balik perbelanjaan perubatan ahli lembaga pengarah (PBAPP), Tuan Haji Mohamad Sabu

Bayaran balik yang diluluskan itu bernilai RM8,434.05 iaitu terdiri daripada bayaran RM5,060.55 bagi perbelanjaan perubatan dan RM3,373.50 bagi kos bayaran perunding pembedahan.

Bagaimanapun, kata Reezal Merican, persoalan timbul apabila bil Hospital Pakar KPJ Selangor yang dikepilkan bersama dengan memorandum pembayaran tersebut hanya berjumlah RM5,060.54.

Wujud percanggahan yang jelas malah, jumlah bil hospital sudah pun merangkumi bayaran perunding pembedahan. Jadi, bayaran balik bernilai lebih tiga ribu ringgit itu untuk apa? soalnya.

Menurutnya, sebagai pemimpin yang selalu berkobar-kobar bercakap soal ketelusan, Guan Eng yang juga Pengerusi PBAPP perlu membuat penjelasan yang konkrit dan tidak hanya pandai bermegah kononnya mengamalkan pentadbiran bersih.

Kita tidak tuduh, kita minta penjelasan sambil menyatakan bukti-bukti. Jika tiada penjelasan konkrit, maka, ini adalah bukti bagaimana kerajaan negeri yang kononnya telus sebenarnya mendukung pentadbiran korup dan menyeleweng wang rakyat, tegasnya. UM

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??

Scandal: Alyssa The Scandal Queen

Jho Low's Girlfriend Paris Hilton drunk and flashing panties ...