Berkenaan Raya, Ulang Tahun Merdeka, Melayu dan Dunia


A Kadir Jasin

[KALAU mengulas menggunakan anonymously, tolong tuliskan namaSaudara/Saudari pada permulaan dan penghujung komen. Kalau boleh minta ringkas.Terima kasih.]


DI hari raya
Terkenang dakukepada si dia
Kampungku indahnun jauh di sana
Ayah sertabundaku.

Demikian rangkappembukaan lagu sayu Dendang Perantau oleh seniman ikonik Malaysia AllahyarhamP. Ramlee.

Dan senimantragis Allahyarham Sudirman Haji Arshat yang misi hidupnya membuatkan oranglain gembira, pula berkata:

Perjalanan jauhtak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata

Nun menghijau gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira...

Bersama takbirdan tahmid, dua lagu itu mencerminkanroh dan semangat Aidilfitri. Dan jangan lupa ulang tahun kemerdekaanyang ke-54. Apa pun, ini negara kita. Buminya kita pijak, langitnya kitajunjung. Jangan kerana menyampah dengan segelintir manusia, kita lepaskan geramkepada negara. Saya tetap kibarkan Jalur Gemilang.

Berbalik kepadahari raya, bagi kanak-kanak hari untuk bergembira makan apa yang ada keranamatlamatnya mengutip duit raya. Kepada yang muda, hari romantis yangdidedikasikan kepada cinta. Kepada yang dewasa menghayati erti Aidilfitri dankepada yang tua (macam saya) untuk bernostalgia.

Masa Berlalu,Zaman Berubah.

Hari raya duludan kini, tidak sama la! gi. Dulu sepasang pakaian baru belum tentu mampu.Sepuluh sen besarnya sama dengan roda kereta lembu. Masa saya kanak-kanak,kereta lembu, kereta kerbau dan anor (orang putih kata sleigh).

Sekarang, pakaianberjenama, Iphone, Ipad, Skype dan teks adalah kata kunci kepada dunia siberdan gaya hidup baru generasi muda.

Orang tua punturut terbawa-bawa hinggakan Aidilfitri menjadi begitu peribadi dan anti-sosialkerana masing-masing taasub dengan mainan komputer dan SMS.

Buat seketikakita gembira hingga lupa yang Melayu mungkin terancam di buminya, tetapi,ibarat kata Laksamana legenda Hang Tuah, takkan Melayu hilang di dunia.

Pada pertengahanRamadan, saya tumpang berbuka dan solat Magrib di Masjid KLCC. Melayuhampir-hampir hilang di dunianya kerana masjid kecil molek itu dibanjiripendatang dan pelawat asing.

Apakahpemandangan di masjid itu berupa pra-tunjuk kepada apa yang akan berlaku kepadaMalaysia dulunya Tanah Melayu pada masa akan datang?

Adakah orangMelayu akan terus menjadi tuan di rumahnya sendiri atau terperosok di cerukdapur sedangkan serambinya dipenuhi orang lain?

Seelok-eloknya,biarlah orang Melayu terus duduk di serambi, kekal makmur di buminya sendiridan, seperti kata Hang Tuah, takkan Melayu hilang di dunia.

Sebagai ayah,saya bersyukur walaupun berasa sayu kerana tiga daripada lima anak saya tidakberasa di sisi saya untuk bermaaf-maafan dan memberi ciuman sayang pada hariraya tahun ini.

Dua berada diSwitzerland seorang menetap di sana bersama suami dan tiga anaknya danseorang lagi ke sana untuk temu duga pengajian permohonan pengajian lepasanijazah. Yang ketiga seda! ng belaj ar diAustralia. Yang ada di Malaysia adalah yang sulung dan bongsu.

Kita semua adasuka dan duka hari raya. Namun kita bersyukur kerana dapat sekali lagimenunaikan puasa Ramadan dan, insya-Allah, berhari raya dalam suasana aman dangembira.

Akhir kalam,salam eid Mubarak kepada semua pelawat, pembahas dan pengikut tetap(followers). Blog kita, setakat ini telahmenerima lebih 5.01 juta lawatan dan ada 1,205 followers. Perbahasan punsemakin rancak. Jadi, terima kasih dan tahniah saya ucapkan kepada semua.

PS: Mungkin tidak wujud lagi atur cara hariraya macam zaman saya kanak-kanak dulu. Pagi makan ketupat daun palas, pergisolat sunat, beraya dengan emak dan ayah, dapat duit raya daripada ayah. Rayaudua tiga kampung cari duit raya. Tumit melecur digesel kasut baru. Cukup duitpergi kedai mamak makan mi rebus dengan air sirap atau air menet (lemonade).Lepas zuhur bergerek (berbasikal) ke Tobiar untuk melawat kubur dan kutip duitraya. Di tanah perkuburan ramai orang bagi duit raya dan sedekah. Balik rumahkira baki duit raya. Kalau sempat, pergi pekan Tanah Merah beli apa yangdicita-citakan. Senja dah tidur kerana kekenyangan dan kepenatan.

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??

Scandal: Alyssa The Scandal Queen

Jho Low's Girlfriend Paris Hilton drunk and flashing panties ...