Mat Sabu, Selamat Hari Merdeka ke 54!

Dalam hari-hari terakhir bulan Ramadhan yang lepas, kita mendapati satu pembohongan besar telah di lakukan oleh Timbalan Presiden Parti Islam Se-Malaysia yang bernama Mohamad Sabu.

Ianya dilakukan di satu ceramah politik di Padang Menora, Tasek Gelugor. Video tersebut boleh di lihat di bawah:

Ada beberapa perkara kejam Mat Sabu sudah lakukan dalam ucapan beliau tadi. Pertama, beliau mempermainkan lagu Negaraku. Tidak perlulah kita mempertikaikan asal usul melodi lagu kebangsaan kita sendiri. Yang penting, ianya diterima dengan sebulat suara dan hati yang terbuka sejak lebih 50 tahun yang dahulu hinggalah sekarang.

Tabiat memperlekehkan lagu kebangsaan sendiri demi perjuangan politik yang muflis seperti apa yang Mat Sabu bawa ini amatlah menyedihkan. Apatah lagi, beliau adalah orang nombor dua tertinggi di dalam parti yang mempunyai ahli teramai di dalam pakatan pembangkang.

Kedua, memperlekehkan Hari Kemerdekaan itu sendiri dengan mengaitkannya dengan filem Bukit Kepong arahan Jins Shamsuddin. Tujuan beliau sebenarnya adalah untuk memperkecilkan perjuangan Umno menuntut kemerdekaan tanahair kita ini.

Akibat satu nyamuk, habis satu kelambu di bakar akibat musuh politik, sejarah negara di tukar-tukar.

Beliau mengatakan bahawa penyerang Balai Polis di Bukit Kepong di dalam tahun 1950 merupakan hero sebenar kemerdekaan. Jika Mat Sabu buat buat tolol, yang menyerang balai polis berkenaan adalah ahli Parti Komunis Malaya. Secara langsung, mereka adalah komunis.

Mungkin Mat Sabu terlupa atau terlampau dangkal fikirannya hingga boleh melupakan kekejaman yang dibuat oleh komunis ke-atas rakyat Malaya ketika zaman darurat tersebut. Ianya boleh di baca di sini dan di sini. Komunis telah melakukan huru-hara di dalam negara kita dengan membunuh! ramai r akyat yang tidak berdosa. Bagaimana pula Mat Sabu boleh mengangkat komunis sebagai hero Malaya?

Oleh itu, Mat Indera bukanlah sekadar hero penyerang balai polis. Dia adalah salah seorang ahli komunis yang menjadi sebahagian daripada Rejimen ke 4 Parti Komunis Malaya yang diketuai oleh Goh Peng Tun.

Di dalam suratkhabar The Star pada 30 Ogos 2011, Mat Sabu mengatakan bahawa:

What I said in my ceramah was that Mat Indera was a hero because he fought independence. He was a labour leader, a freedom fighter, Mohamad said when contacted.

Mohamad said he did not use the word communist in his speech.

Yet, Utusan claimed that I said the communists were heroes. Also, Utusan mentioned that Goh Peng Tun led the insurgency at Bukit Kepong.

I never heard this name before, until Utusan mentioned it.

Sebab itu, kita berharap supaya Mat Sabu tidak hanya menghadkan pembacaan beliau kepada komik sahaja. Pelajarilah buku buku sejarah agar tidak menampakkan diri sebagai orang yang amat cetek ilmu pengetahuannya. Semestinya, jika beliau banyak membaca, beliau akan tahu siapa itu Goh Peng Tun.

Tidak menyebut perkataan komunis bukan bermakna kita tidak menyebutnya secara tersurat. Mat Sabu kelihatan amat terdesak hingga alasan beliau seperti kebudak-budakkan.

Manakan tidak, ketua beliau yang juga Pengerusi DAP Malaysia, Karpal Singh mengeluarkan kenyataan yang secara tersiratnya merujuk Mat Sabu sebagai amat tidak pintar sekali. Kenyataan tersebut boleh dibaca di sini.

Suka diingatkan kepada Mat Sabu, jika anda mengangkat senjata dan membunuh orang awam dan anggota keselamatan negara, anda bukan lagi dianggap labour leader atau freedom fighter.

Ketiga, mengatakan bahawa kisah Tok Janggut dan Dr Burhanuddin Al-Helmy tidak diceritakan di! dalam s ejarah negara. Ini adalah tohmahan yang tidak tepat sekali. Kita boleh membaca kisah mereka di dalam buku-buku teks sejarah pendidikan negara. Mereka ini di anggap pejuang kemerdekaan negara.

Bahkan nama Rashid Maidin juga disebut di dalam buku-buku teks kita. Walau bagaimanapun, memandangkan Rashid Maidin adalah komunis, maka tetaplah dia di anggap sebagai musuh negara. Ini sejarah yang tidak mungkin bertukar walaupun terdapat seribu Mat Sabu di dalam negara kita.

Saya merasa sedih kerana sejarah negara kita diputar sewenang-wenangnya oleh para pemimpin pembangkang yang bankrap idea untuk mengetengahkan perjuangan mereka. Seolah-olah tiada sifat terima kasih kepada mereka yang bertungkus lumus mempertahankan negara kita sewaktu waktu dahulu.

Mentaliti Mat Sabu senang sahaja difahami. Beliau mahu rakyat Malaysia menidakkan segala usaha dan budi pemimpin-pemimpin Parti Perikatan yang membawa kepada kemerdekaan negara. Salah satu daripada parti tersebut adalah Parti Umno musuh politik PAS.

Tidak kisah jika kita menyokong pembangkang atau kerajaan ataupun atas pagar sahaja; yang penting sejarah negara kita adalah kebanggaan kita. Apa yang telah terjadi, begitulah yang terjadi.

Adalah membimbangkan jika orang seperti Mat sabu diangkat sebagai pemimpin nombor dua negara. Menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Apa mungkin beliau boleh menaikkan taraf negara kita jika pengetahuan beliau hanya berbekalkan ilmu seperti murid darjah satu sahaja?

Apa mungkin beliau dapat memberi keyakinan para pelabur di luar negara jika cara percakapan beliau lebih mirip celoteh kedai kopi sahaja?

Sempena Hari Kemerdekaan kita yang ke-54, marilah kita bersama-sama menguatkan iltizam dan bersatu padu membanteras gejala meremehkan perjuangan para perajurit tanahair yang telah berkorban tenaga dan jiwa raga menentang kezaliman komunis dan British.

Sesungguhnya, n! egara ki ta Malaysia aman makmur kerana semangat patriotisma rakyatnya yang tinggi dan tidak pernah goyah biar pun ada yang cuba melunturkannya.

Keranamu Malaysia!

Kepada Mat Sabu, rajin-rajinlah baca buku.

Advertisement

Like this:

Be the first to like this post.


Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??

Scandal: Alyssa The Scandal Queen

Jho Low's Girlfriend Paris Hilton drunk and flashing panties ...