Selamat menyambut Ramadhan al Mubarak 1432H!

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh!


Petang tadi saya ketemu anak kecil ini semasa di pasaraya Cold Storage, The Mall. Saya mengusik dirinya bertanya samada akan puasa esok hari?


Dia dengan malu malu mengaku belum pernah berpuasa lagi. Tok Mamu apa lagi? Memberi ia semangat le supaya mula berpuasa. Ia dengan malu malu di antara hendak angguk atau geleng...


Marilah kita sama sama berdoa agar anak kecil ini membesar dengan selamat dan menjadi Mukmin yang berjaya kelak!


Ya Allah! Ya Rahman! Engkau jayakanlah hidup anak kecil hambaMu ini Ya Allah dengan memanjangkan usianya, murahkan rezekinya dan jayakanlah kehidupannya dunia dan akhirat!


Amin Ya Rabb!


Kepada semua Muslimin dan Muslimat, saya ucapkan Selamat menyambut Ramadhan al Mubarak bagi tahun 1432 Hijrah. Mudah2an Ramadhan ini akan mensucikan kita dari segala dosa dosa kita dan mengembalikan kita kepada keadaan dimana Allahu Ta'ala akan redha dengan segala amalan dan ibadah kita didalam bulan yang suci dan mulia ini.


Insya Allah!





Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??

Jho Low's Girlfriend Paris Hilton drunk and flashing panties ...

Scandal: Alyssa The Scandal Queen