Jalan Bukit Bintang ~Tarikan Pelancungan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur?

Secara tak langsung, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur redha dengan tarikan terbaru kepada para pelancung asing dengan membiarkan segala macam sindiket peminta sedekah dan penjualan secara terbuka barangan ciplak di salah sebuah kawasan pelancungan termasyhur di ibunegara Malaysia.


Bayangkan apa yang para pelancung asing akan fikirkan tentang negara kita ini bila memandang para pengemis duduk berderet meminta sedekah di tengah tengah ibunegara kita?


Saya rasa mereka ini sudah lama dibiarkan bermaharajalela mengemis, menjual produk tiruan dan segala macam lagi kegiatan yang terang terang menyalahi undang undang negara kita tetapi pihak berkuasa tempatan seperti DBKL ternyata tidak menjalankan tugas tugas yang di amanahkan kepada mereka!


Kes nganga seperti ini bukan hanya di KL sahaja tetapi di seluruh negara. Bagaimanalah nak menjadi negara maju jika penguatkuasaan undang undang hanya setakat nak menggubalkan undang undang itu dan ini di Parlimen dan Dewan Dewan Undangan Negeri?


Saya serahkan kepada tuan puan untuk membuat rumusan sendiri dengan menilai apa yang di paparkan gambar gambar ini yang saya rakam semalam semasa memandu lalu Jalan Bukit Bintang di tengah tengah Kuala Lumpur?


Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??

Jho Low's Girlfriend Paris Hilton drunk and flashing panties ...

Scandal: Alyssa The Scandal Queen