BNYHOPE Salah Satu Pendekatan Model Politik Baru Selesaikan Isu Rakyat

Beliau berkata mengikut cara konvensional, lazimnya suatu usul ataupunketetapan dibuat oleh parti politik atau sayapnya bagi mendesak kementerian yang berkenaan atau kerajaan bagi melaksanakan sesuatu yang difikirkan perlu.

Sebaliknya melalui model politik baru, badan-badan politik dan sayap-sayap dalam pertubuhan seperti Barisan Nasional (BN) dianjur mengambil inisiatif untuk mengadakan sesuatu program yang hasilnya akan dapat menyelesaikan isu dan masalah rakyat yang dibangkitkan.

Dengan cara ini, kita akan mendekatkan parti dengan rakyat, (dan) rakyat tidak perlu bergantung kepada pihak lain, katanya yang juga Pengerusi BN ketika melancarkan Pameran Program Miliki Rumah Sendiri Pemuda BN (BNYHOPE) 2011, di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin.

Pameran anjuran Pemuda BN itu berlangsung selama tiga hari mulai hari ini.

Najib berkata dengan mengamalkan pendekatan model politik baru itu, rakyat boleh mengharapkan BN sebagai parti yang mampu memenuhi harapan rakyat dan menyelesaikan masalah.

Mengenai program BNYHOPE, beliau bersetuju dengan Teori Abraham Maslow bahawa keperluan perumahan adalah amat penting sekali bagi kehidupan seseorang manusia.

Maslow di dalam teorinya mengkategorikan lima tingkat keperluan manusia iaitu Keperluan Fizikal, Keperluan Keselamatan, Keperluan Sosial, KeperluanPenghormatan dan Keperluan Aktualisasi Diri.

Keperluan Fizikal disifatkan paling penting kerana ia merupakan keperluanpaling asas bagi seseorang manusia untuk hidup seperti tempat tinggal, makanan, pakaian dan air.

Oleh itu, tidak hairanlah keperluan ini (perumahan) merupakan sesuatu yang disediakan kerajaan dengan memperkenalkan dasar-dasar yang sesuai bagi membolehkan bukan sahaja kerajaan tetapi juga sektor swasta dan GLC! turut b ersama menyediakan keperluan rakyat ini, katanya.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata untuk itu, kerajaan sepanjang Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) telah membina sebanyak 111,000 unit perumahan awam mampu milik di mana 75 peratus atau 83,250 unit disasarkan kepada mereka yang berpendapatan isi rumah kurang RM2,500 sebulan.

Kerajaan juga mengumumkan Skim Rumah Pertamaku dan program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PRIMA) yang diyakini mampu memberi sumbangan yang amat besar kepada keperluan perumahan rakyat, katanya.

Najib menegaskan kerajaan BN akan terus utuh dan tidak akan lari daripada tanggungjawab untuk membela rakyat Malaysia walaupun menerima pelbagai kritikan dan tohmahan.

Apa yang penting ialah kita ini amat serius dan amat komited daripada menentukan harga ayam kepada lain-lain keperluankita akan tetap memperjuangkan kepentingan rakyat.

Sebab itulah BN, tidak boleh tergelincir daripada landasan ini. Saya amat yakin jika demikian, kita akan tetap merupakan pilihan utama rakyat Malaysia, katanya.


Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??

Jho Low's Girlfriend Paris Hilton drunk and flashing panties ...

Scandal: Alyssa The Scandal Queen