PANAS : NIK AZIZ RISAU BILA LIM KIT SIANG KEMUKAKAN TUNTUTAN HALUS...


Nampaknya DAP dah mula nak tunjuk belangnya...apabila melihat pada kenyataan yang dibuat oleh Lim Kit Siang, taktik yang digunakan oleh DAP iaitu bertukar menjadi parti pelbagai kaum secara tidak langsung akan menambahkan kerusi DAP dan meluaskan pengaruhnya di Malaysia.

Dahulunya DAP hanya bertanding di kawasan-kawasan bandar dan majoritinya penduduk cina tetapi sekarang dengan tuntutan yang telah dibuat nampaknya PAS atau PKR terpaksa mengadaikan kerusi di kawasan pinggir kota dan juga kawasan kampung untuk memenuhi kehendak DAP.

Alasan DAP menjadi parti pelbagai kaum merupakan satu tuntutan secara halus DAP kepada pakatan rakyat kerana PAS dan PKR dilihat sudah tidak releven dikalangan pengundi Melayu disebabkan isu-isu dalaman dan juga masalah moral yang melanda kedua-dua parti tersebut yang tidak dapat diselesaikan.

Sedar atau tidak, nampaknya kehadiran PAS dalam pakatan rakyat sudah tidak releven lagi disebabkan PAS merupakan parti yang berasaskan satu kaum manakala PKR dan DAP pula merupakan parti pelbagai kaum. Kelebihan ternyata pada PKR dan DAP kerana mereka mewakili semua kaum yang ada dikawasan tersebut.

**Sanggup ke DAP melepaskan kerusi-kerusi yang dikuasainya di kawasan bandar pada PAS jika mereka inginkan kerusi PAS di pinggir kota atau kampung??
***melopong lagi la PAS jawabnya.....


Bagi DAP, kata Lim sudah tiba masa bagi mereka meluaskan pengaruh daripada tumpuan di kawasan majoriti Cina dan pusat bandar dan menjangkaui kepada selur! uh rakya t Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama, selaras dengan visi penubuhan parti itu.

"Ini akan baik untuk Pakatan, bahawa DAP akan menjadi parti pelbagai kaum dan tidak lagi tertumpu di kawasan bandar. Jadi kita boleh terus kepada orang Melayu, Kadazan dan Iban... ini adalah perkara yang mahu kami lakukan, katanya kepada Malaysiakini dalam satu wawancara eksklusif.

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??

Jho Low's Girlfriend Paris Hilton drunk and flashing panties ...

Scandal: Alyssa The Scandal Queen