Utusan Malaysia Penipu Besar

Hari ini sewaktu sedang membuat kajian arkib berita, saya menemui rencana bertajuk “Cakap Tak Serupa Bikin” bertarikh 12 Mei 2010, Dua perenggan pertama tertulis sedemikian,

“Dulu semasa Dr. Mahathir Mohamad menerajui Malaysia, beliau dicap sebagai Mahafiraun. Beliau dituduh sebagai orang yang mengamalkan nepotisme, kronisme dan macam-macam lagi. Beliau dicap acap kali oleh penulis upahan seperti Kickdefella dan blogger-blogger lain, yang kemudiannya ada yang dipilih bertanding pilihan raya, baik mewakili PKR mahupun DAP.”
Ini merupakan satu penipuan besar oleh Utusan Malaysia kerana tidak pernah di dalam blog saya ataupun secara peribadi saya mengkeji Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamed. Walaupun sewaktu berkhidmat selama tiga tahun di Kelantan pun saya tidak pernah mengkeji Tun Dr. Mahathir Mohamed. Ternyata penulis rencana, Zaini Hassan adalah seorang yang amat cetek akalnya dan pemalas dalam membuat kajian. Saya berharap Utusan Malaysia sedar bahawa pembohongan dan kesalahan fakta sebegini menunjukkan kedangkalan akhbar ini. Tun Dr Mahathir adalah pemimpin agung yang amat saya banggakan sebagai rakyat Malaysia. Sepanjang saya berkhidmat dengan PAS Kelantan pun, YB Dato’ Haji Husam akan sentiasa memperkenalkan saya sebagai, ‘Penyokong kuat Tun Dr. Mahathir’. Saya juga menjadi saluran untuk pihak bekas majikan saya menghubungi pihak Tun Dr. Mahathir sama ada bagi tugasan rasmi atau berkaitan politik. Saya juga berdiri teguh mempertahankan polisi Tun Dr. Mahathir walaupun ianya bertentangan dengan pendirian bekas Majikan saya termasuklah di dalam isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik di dalam Bahasa Inggeris.

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??

Scandal: Alyssa The Scandal Queen

Jho Low's Girlfriend Paris Hilton drunk and flashing panties ...