Menteri Besar Yang Tidak Berkuasa


"Anwar Ibrahim = ekonomi
Khalid Ibrahim = Pentadbiran
Azmin Ali = Politik "1. Perlantikan YB Azmin Ali sebagai Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri Selangor tidak akan menyelesaikan isu pergolakan politik di Selangor. Sebaliknya ia hanya memburukkan keadaan lagi.

2. Hari ini Selangor mempunyai tiga nahkoda yang berlainan matlamat dan hala tuju. Ekonomi dikawal oleh datuk Seri Anwar Ibrahim, Pentadbiran dikawal oleh Tan Sri Khalid Ibrahim dan Politik ditentukan oleh Yb Azmin Ali.

Nahkoda Ekonomi

3. Ia bermula dengan perlantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor. Perlantikan ini memberi implikasi yang serius terhadap keupayaan Tan Sri Khalid Ibrahim merancang pembangunan ekonomi negeri.

4. Jika sebelum ini ada sinis apabila kami, pembangkang Selangor, mengkritik prestasi Khalid yang gagal membangunkan di negeri, perlantikan Anwar jelas menunjukkan bahawa PKR sendiri mengakui kegagalan Khalid. Jika tidak apa perlu Anwar yang begitu sibuk mengukuhkan struktur politik Pakatan Rakyat terpaksa menjadi penasihat ekonomi negeri. Malahan saya dimaklumkan Anwar kini turut menghadiri mesyuarat Syarikat Bekalan air Selangor (Syabas) yang sepatutnya dihadiri oleh Khalid. Jika benar ini bermakna Khalid tidak lagi menguasai keputusan-keputusan membabitkan ekonomi negeri.

5. Apa yang rakyat baca adalah apa yang dipaparkan oleh media massa. Apa yang dipaparkan oleh media massa pula apa yang Khalid atau kerajaan negeri canangkan bukannya apa yang berlaku dalam pentadbiran sebenar.

6. Namun bagi yang mengetahui data-data sebenar mengenai prestasi kerajaan negeri dan syarikat berkaitan dengan kerajaan negeri, mereka tahu bahawa Selangor sedang melangkah ke belakang dan tidak mustahil beberapa anak syarikat kerajaan negeri akan mula ditutup atau berada dalam keadaan rugi dalam setahun dua akan datang.

Nahkoda Politik

7. Setelah "dirampas" kuasa pengurusan polisi ekonomi negeri, Khalid juga kehilangan kuasa p! olitik n egeri apabila Azmin dilantik sebagai Pengerusi PKR Negeri Selangor.

8. Sungguhpun mendapat sokongan kuat parti DAP, Khalid tidak mempunyai penyokong yang kuat dari parti sendiri. Musuh-musuh politik Khalid dalam PKR berjaya merencanakan kejatuhan Khalid dengan sangat dahsyat sehingga mengikut laporan media lebih separuh Ahli Jawatankuasa PKR Kuala Selangor, yakni bahagian Khalid sendiri, meletak jawatan kerana tidak berpuas hati dengan khalid.

9. Mahu tidak mahu kita harus mengakui kerajaan negeri harus memmpunyai polisi yang selari dengan kehendak politik parti pemerintah. Kerana parti ini yang diberi kepercayaan oleh rakyat untuk memerintah. Justeru apabila Azmin mengambil alih PKR negeri maka Khalid perlu mendengar dan menerima arahan Azmin dalam banyak hal terutama membabitkan polisi politik negeri.

Nahkoda Pentadbiran

10. Melihat senario ini, tidak mustahil tugas Khalid Ibrahim sekarang ini tidak lebih sebagai Menteri Besar yang menguruskan hal ehwal pentadbiran semata-mata. Khalid diperlukan untuk menandatangani surat-surat, mempengerusi mesyuarat EXCO dan melaksanakan keputusan serta polisi yang ditentukan oleh pihak lain.

11. Namun kuasa ini juga tidak dimiliki sepenuhnya oleh Khalid berikutan perlantikan Setiausaha Politik Menteri Besar yang baru, Puan Faekah Husin. Faekah juga merupakan Setiausaha Politik isteri Anwar, Datin Seri Wan Azizah.

Kesimpulan

12. Realiti politik menunjukkan Khalid tidak lagi dipercayai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Parti Keadilan Rakyat. Anwar secara tidak langsung telah menarik kuasa-kuasa tidak rasmi seorang Menteri Besar dan juga meletak "orangnya" dalam pentadbiran pejabat menteri Besar sebagai "mata dan telinganya".

13. Namun Anwar tidak dapat menyingkirkan Khalid dan menggantikan dengan Azmin kerana ia memerlukan sokongan Adun-Adun DAP dan Pas serta perkenan DYMM Tuanku Sultan Selangor.

14. Menurut cakap-cakap politik, DAP tidak akan membenarkan Khalid ditukar kerana mereka lebih selesa dengan Kh! alid ber banding Azmin. Pas juga dilihat tidak begitu selesa dengan Azmin berbandung Khalid. Sebab itu jika kita lihat dalam media massa sekarang ini ramai Adun DAP yang tampil mempertahankan Khalid sebagai menteri Besar. Ia merupakan isyarat jelas kepada Anwar agar tidak sewenang-wenangnya menukar Khalid.

15. Apakah erti menjadi seorang Menteri Besar yang tidak dipercayai oleh parti sendiri dan tidak lagi mempunyai kuasa dan pengaruh untuk menentukan hala tuju negeri?

16. Dalam keadaan ini, yang rugi adalah rakyat dan negeri. Keadaan negeri Selangor tidak akan bertambah baik dengan kedudukan Menteri Besar yang mempunyai kuasa tetapi tidak dapat berkuasa. Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah.

17. Kita juga tertanya-tanya apakah semua ini berlaku hanya kerana kelemahan Khalid dalam pentadbiran atau kerana beliau gagal memenuhi nafsu serakah orang-orang politik dalam PKR?


Letter & Opinion From Joe Public

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??

Scandal: Alyssa The Scandal Queen

Jho Low's Girlfriend Paris Hilton drunk and flashing panties ...