Mengapa Faktor Kaum Dan Agama Harus Dijadikan Faktor Pemilihan Pemimpin?

Kini MCA menggunakan taktik baru iaitu memberitahu pengundi Cina bahawa sekiranya Pakatan Rakyat menang di Pilihan raya akan datang, Perdana Menteri bukan dimilikan oleh Anwar Ibrahim tetapi akan jatuh ke tangan PAS dan ini akan menjadikan malaysia menghala kepada penubuhan Negara Islam.

By Go Malaysian

Jadi faktor warna kulit bukan merupakan faktor utama untuk memilih seorang pemimpin, tetapi faktor krebiliti dan faktor kecekapan memerintah yang harus diambil kira...

Sebelum Pilihan raya 08 march 2008, isu yang selalu dibangkitkan oleh MCA adalah isu "mengundi DAP adalah seperti mengundi PAS" dan nampaknya
slogan begitu begitu berkesan sehingga BN menang majoriti 2/3 di parlimen sekali lagi pada pilihan raya 1999 iaitu pilihan raya selepas pemecatan Anwar Ibrahim.

Menurut statistik yang dijalankan pada masa itu, ramai pemuda-pemudi terutamanya pemuda Melayu berasa simpati terhadap Anwar sehingga berlakunya beribu-ribu pengundi baru didaftarkan. Keputusan pada masa itu menunjukkan kerusi yang sebelum ini dikuasai oleh UMNO telah jatuh ke dalam tangan PAS dan PKN (Parti Keadilan Nasional iaitu sebelum wujudnya Parti Keadilan Rakyat, PKR). Namum Pakatan Alternatif (PA) pada ketika itu gagal menang di kerusi campuran kaum, kerusi yang dipegang kuat oleh Barisan Nasional (BN) kerana kaum Cina pada masa itu termakan dengan slogan MCA iaitu mengundi DAP adalah seperti mengundi PAS, dan sekiranya PAS menang maka Malaysia akan bertukar ke Negara Islam.

Taktik MCA nampak berjaya sehingga DAP hilang kebanyakan kerusi mereka dan memaksa mereka keluar dari PA (faktor pemerintahan PAS di Terengganu selepas pilihan raya juga membawa kepada berlakunya insiden tersebut).

Jadi pada pilihan raya ke 12, mereka juga menggunakan taktik yang sama untuk menakutkan pengundi Cina, tajuk utama mereka di setiap kampung Cina bukan tajuk Nasional dan manifesto pilihan raya tetapi mengenai isu Negara Islam. Namum begitu, taktik mereka kali ini nampaknya gagal kerana isu kemelesetan ekonomi dan kesusahan kehidupan telah mengatasi isu perkauman yang dimainkan selama ini. Jadi kerusi campuran kaum yang sebelum ini dipegang kuat oleh BN tetal jatuh ke tangan Pakatan Rakyat (ditubuhkan selepas pilihan raya).

Setelah cara pemerintahan PR di Negeri Perak dan Kelanta, PAS yang sebelum ini dianggap parti Islam oleh pengundi Cina berjaya menembusi hati jiwa orang Cina. Hal ini demikian kerana pemuda Kelantan berbangsa Cina telah memberitahu isu yang sebenarnya berlaku di Kelantan menerusi forum dan dari mulut ke mulut, telah berjaya menyedarkan ramai pemuda Cina bahawa imej PAS yang dimainkan oleh media utama adalah tidak benar sama sekali. Kesannya sangat mendalam kerana kebiasaan pemuda ini akan balik ke kampung dan memberitahu keluarga mereka isu yang sebenar berlaku di Kelantan yang dipimpin oleh PAS dan hal ini telah menyakinkan ahli keluarga mereka sehingga PR kini berjaya memenangi undi dari kaum orang Cina dalam pilihan raya kecil.

Isu ini sekali lagi hilang tarikan selepas pilihran raya kecil di Sibu dimana SUPP menggunakan taktik yang sama seperti MCA sebelum pilihan raya ke 12 iaitu isu mengundi DAP adalah sama seperti mengundi PAS sepanjang pilihnan raya itu. Tetapi kehadiran Nizar (MP Bukit Gantang dan Menteri Besar Perak) dan Khalid Samad (MP Shah Alam) begitu mendapat sambutan daripada penduduk tempatan.

Akhirnya keputusan pilihan raya kecil Sibu telah membuktikan isu Negara Islam telah hilang tarikannya dalam hati pengundi orang Cina sebaliknya mereka lebih mementingkan isu negara seperti rasuah dan penyalahgunaan kuasa dan wang. Hal ini amat merisaukan BN terutamanya MCA.

Kini MCA menggunakan taktik baru iaitu memberitahu pengundi Cina bahawa sekiranya Pakatan Rakyat menang di Pilihan raya akan
datang, Perdana Menteri bukan dimilikan oleh Anwar Ibrahim tetapi akan jatuh ke tangan PAS dan ini akan menjadikan malaysia menghala kepada penubuhan Negara Islam. Anda boleh mengikuti laporan lanjut dalam Bahasa Cina disini 1) SinChew 2) MalaysiaKini 3) KwongWah Daily (GunaGoogle Translate untuk terjemahan)

Faktor utama mereka memainkan isu ini adalah kerana Anwar Ibrahim telah berjaya mendapat hati pengundi Cina kerana cara pemikiran yang lebih neutral dan mesra rakyat Malaysia. Dan mereka masih percaya kaum Cina akan takut sekiranya PAS memerintah Malaysia.

Read more at: http://gomalaysian.blogspot.com/2010/06/mengapa-faktor-kaum-dan-agama-harus.html

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??

Scandal: Alyssa The Scandal Queen

Jho Low's Girlfriend Paris Hilton drunk and flashing panties ...