Perang Ustaz Nasha, Guan Eng : Ujian Terbaik Pas Pertahan Maruah Dan Prinsip

Oleh Azman Abas

KUALA LUMPUR 26 Sept – Seluruh kepimpinan Pas seharusnya berada di belakang bekas Timbalannya, Ustaz Nasharudin Mat Isa berhubung pertembungan antara beliau dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkenaan pelaksanaan hukum hudud.

Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Datuk Seri Mohd Fairus Khairudin berkata dalam keadaan sedemikian, Nasharudin seharusnya mendapat solidariti yang tidak berbelah bagi daripada parti berkenaan kerana apa yang diperkatakan oleh Ahli Parlimen Bachok itu melibatkan prinsip parti.

Menurut beliau Pas perlu memberi sokongan dan dokongan sewajarnya jika benar Pas ingin memperjuangkan Islam dan bukannya mengambil sikap berdiam diri dan sebagainya yang akhirnya bakal memberi impak yang cukup negatif kepada parti tersebut.

"Pelaksanaan hukum hudud bukankah prinsip serta perjuangan Pas…. Mursyidul Am Pas, Datuk Abdul Aziz Nik Mat sudah perkatakan soal ini….. begitu juga Datuk Haron Din telah sebut juga soal ini. "Jadi kalau mereka tidak mempertahankan Nasharudin dan tidak berada di belakang beliau secara 'solid'' dalam hal ini, tidak ada gunanya lagi Pas terus menerus bercakap soal sedemikian.

"Ini melibatkan soal prinsip parti dan bukannya soal main-main…. Apa yang diperkatakan oleh Ustaz Nasharudin itu perlu dinilai sewajarnya oleh barisan kepimpinan Pas dan bukannya melihat sebelah mata," katanya kepada UMNO-Online di sini.

Fairus seterusnya melihat polemik berkenaan menggambarkan pertembungan tiga penjuu, pertembungan ideologi yang berbeza dan pertembungan pendekatan politik yang berbeza antara parti pembangkang.

Ujar beliau lagi jika wujud pertembungan sedemikian rupa ianya layak digelar sebagai 'çlash of methodology' antara parti pembangkang.

"Atas dasar dan hakikat berkenaan, amat wajarlah Pas seelok-eloknya keluar daripada pakatan pembangkang. Jika tidak percayalah segala apa yang diperjuangkan Pas akan lenyap satu demi satu," katanya. -MediaUMNO

Read More @ Source



More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??

Scandal: Alyssa The Scandal Queen

Jho Low's Girlfriend Paris Hilton drunk and flashing panties ...