BN Youth Job Fair 2012 Sekali Lagi Jelajah Malaysia Buka Peluang Pekerjaan


Oleh  Azman Abas

KUALA LUMPUR 27 Sept – Pemuda Barisan Nasional (BN) menerusi program BN Youth Job Fair 2012 (C.A.S.H) sekali lagi membuka ruang kepada orang ramai untuk mendapatkan peluang pekerjaan serta pelbagai manfaat lain menerusi program tersebut.
Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin berkata progran itu yang bermula pada tahun lepas di beberapa negeri sekali lagi mencurahkan khidmat bakti pada tahun ini kepada seluruh rakyat Malaysia.

Menurut beliau walapun ianya dilaksanakan menerusi parti politik tetapi ianya terbuka kepada mana-mana pihak dan tidak terhad kepada kumpulan sasaran tertentu kerana matlamat BN Youth Job Fair adalah untuk membantu rakyat.

"BN Youth Job Fair 2012 C.A.S.H ( Career, Avhievement, Studies, Home) akan buka ruang yang yang cukup luas. Menerusi program ini kita bukan sahaja menyediakan peluang pekerjaan malah peluang perniagaan, francais, pinjaman perniagaan, pendidikan, latihan dan kemahiran, kesukarelawan, pemilikan rumah pertama dan macam-macam lagi.

"Saya lihat sejak dilaksanakan pada tahun lalu responya cukup baik dan menerusi program ini ianya merupakan nilai tambah kepada kerajaan untuk mengatasi masalah pengangguran serta platform kepada orang ramai untuk mendapatkan peluang pekerjaan.

"Dan untuk tahun ini kita memilih negeri-negeri yang belum lagi dilaksanakan pada tahun lepas dan ada juga negeri yang minta diadakan sekali lagi kerana permintaan yang cukup tinggi. Insyaallah sepertimana tahun sebelum ini, pelbagai syarikat termasuk syarikat gergasi serta agensi kerajaan dan syarikat-syarikat lain akan menawarkan peluang pekerjaan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media BN Youth Job Fair 2012 di sini, hari ini. Turut serta Pengerusi BN Youth Job Fair, Nazir Hussein Akhtar Hussein serta wakil-wakil syarikat terlibat.
Khairy yang juga Ketua Pemuda UMNO seterusnya menambah BN Youth Job Fair 2012 telah bermula di Sabah iaitu Sandakan pada minggu lalu dan seterusnya ! akan ke Senawang, negeri Sembilan pada hujung minggu ini.

"Selepas itu program ini akan bergerak ke tiga negeri iaitu Perak, Terengganu dan Sarawak, namun kita masih menunggu dari segi tarikh, masa dan tempat untuk kita laksanakan.

"Dan kita menjangkakan untuk lokasi di Kuala Lumpur nanti, kehadiran pengunjung akan ramai dan ianya akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak," katanya. -MediaUMNO

Read More @ Source



More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??

Scandal: Alyssa The Scandal Queen

Jho Low's Girlfriend Paris Hilton drunk and flashing panties ...