Anwar Pertikai Tun M Terima Anugerah Peringatan -Rafik Hariri PBB 2012

Dr Mahathir Terima Anugerah Peringatan -Rafik Hariri PBB 2012 
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menerima anugerah berprestij 2012 Rafik Hariri Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) - Anugerah Habitat Memorial dari Presiden Yayasan Rafik Hariri dan juga balu Hariri. Acara itu diadakan di New York Public Library pada Malam Jumaat.
 - fotoBERNAMA
 
NEW YORK: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menerima Anugerah Peringatan Rafik Hariri Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)-Habitat 2012 pada satu majlis di Perpustakaan Awam di sini malam Jumaat.

Anugerah itu disampaikan Nazek Rafk Hariri, balu pemimpin itu yang merupakan Presiden Yayasan Rafik Hariri.


Dr Mahathir, 87, di namakan sebagai pemenang anugerah itu pada Jun oleh jawatankuasa pemandu bagi mengiktiraf kepimpinan, kenegarawan dan tadbir urusbaik beliau.


Anugerah itu, yang dinamakan sempena Perdana Menteri Lebanon Rafik Hariri,yang sudah meninggal dunia, diwujudkan oleh keluarga Hariri dengan kerjasama PBB-UN-Habitat menerusi Yayasan Rafik Hariri sejak Mac 2009, dan diberi kepada individu, pertubuhan serta institusi di seluruh dunia bagi mengiktiraf pencapaian penting seperti kepimpinan, kenegarawan dan tadbir urus baik selain aktiviti kebajikan dalam membanteras kemiskinan bandar dan pelaksanaan Agenda Habitat.


Dr Mahathir merupakan penerima kedua selepas Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdoğan.
Dr Mahathir mengucapkan terima kasih kepada Yayasan Rafik Hariri danPBB-Habitat kerana memberikan anugerah berprestij itu kepada beliau tahun ini.


"Saya anggap ia satu penghormatan besar khususnya kerana anugerah ini dinamakan sempena seorang yang luar biasa serta memiliki kualiti kepimpinan dan sumbangan yang tiada tandingan," katanya.


Beliau berkata tanpa budaya perkongsian di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama, selain cintakan keamanan serta kestabilan, Malaysia tidak akan mampu mencapai kejayaan yang dikecapinya hari ini.


"Saya kenal Rafik Hariri ketika beliau pertama kali melawat Malaysia. Kami serta-merta menjadi rakan karib dan saya melawat Lebanon atas jemputan beliau bagi melihat sendiri kerosakan yang dialami akibat perang saudara. Rafik berjanji beliau akan membina semula Beirut seperti keadaan asalnya sebelum dilanda peperangan, dan beliau telah mengotakan janjinya.


"Saya melawat Beirut selepas pemulihannya dan yakin masa depan yang gemilang menanti Lebanon di bawah kepimpinan Rafik. Ada banyak sebab saya menyukai beliau. Saya berhasrat memajukan Malaysia seperti keinginan beliau membangunkan Lebanon. Namun, beliau agak malang kerana tidak memiliki negara yang stabil seperti Malaysia. Beliau juga tidak berkesempatan untuk berbuat demikian,"katanya.


Sementara itu, Nazek dalam ucapan berkata Dr Mahathir merupakan idola dan menjadi inspirasi kepada semua orang, bagaimana tekad serta visi beliau mampu menjadikan impian suatu realiti, dan mana-mana negara sekalipun mampu mencapai masa depan yang cerah menerusi keyakinan serta kerja keras.


"Di bawah kepimpinan anda yang bijaksana, Malaysia berjaya memainkan peranan penting dalam peta dunia, dan sehubungan itu, PBB-Habitat dan Yayasan RafikHariri dengan bangga mengiktiraf pencapaian Malaysia dan bekas PerdanaMenterinya yang cemerlang," katanya.


Sementara itu, Ketua Penolong Setiausaha PBB dan Pengarah Eksekutif PBB-Habitat Dr Joan Clos berkata Dr Mahathir mengelola pembangunan ekonomi dalam tempoh yang luar biasa bagi inovasi sosial dan teknologi bandar.


"Kehidupan dan kerjaya Dr Mahathir menunjukkan beliau berpegang kepada prinsip berpandangan jauh ke depan. Dengan membuat pelaburan dalam infrastruktur fizikal, teknologi dan pengetahuan, beliau juga lebih banyak mendahului zamannya," katanya.


Clos juga berkata usaha Dr Mahathir menghasilkan pembangunan pesat di bandar utama Malaysia, selain mengubah negara yang bergantung terhadap pertanian kepada ekonomi bandar yang memfokuskan industri.BERNAMA
Read More @ Source



More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??

Scandal: Alyssa The Scandal Queen

Jho Low's Girlfriend Paris Hilton drunk and flashing panties ...