Hero Asia dan Peluru Berpandu Hilang, Kebetulan Atau Ada Kaitan?

Rakyat Jepun terkejut dengan berita kehilangan Doraemon.

Kerajaan Jepun hari ini mengisytiharkan suasana berkabung setelah Doraemon, yang pernah tersenarai sebagai satu dari 22 Hero Asia oleh Majalah Time  disahkan hilang.

Menurut sumber perisikan Jepun, kehilangan Doraemon ada kaitan dengan Mesin Pengembaraan Masa yang disimpan di dalam kantung kucing robotik masa hadapan itu. Bagaimanapun agensi tersebut enggan mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi kerana takut akan timbul suasana huru hara.

Doraemon adalah kucing robotik dari masa hadapan yang dihantar ke abad ini oleh seorang budak bernama Sewashi Nobi. Tujuan Sewashi menghantar Doraemon ialah bagi membantu mengubah nasib datuknya yang bernama Nobita yang hidup pada zaman sekarang. Selain dari pemalas, Nobita seorang yang suka berjanji tetapi sentiasa gagal menunaikan janjinya. Kesan dari perangai Nobita itu mengakibatkan anak cucunya terpaksa hidup dalam penuh kesusahan di masa hadapan.

Sumber terdekat dengan Nobita dilaporkan sebagai berkata kehilangan Doraemon mula disedari pada malam kelmarin. Sumber itu bagaimanapun menafikan kehilangan itu disebabkan mesin pengembaraan masa yang dimilikinya tetapi percaya kehilangan Doraemon mungkin ada kaitan dengan keupayaan kucing robotik itu mengeluarkan stadium, lebuhraya dan keretapi laju dari dalam kantungnya.

Lakaran yang dikatakan dibuat oleh seorang saksi sewaktu membuat laporan polis berhubung kehilangan Doraemon.

Di dalam perkembangan lain pula, seorang bekas operatif KGB hari ini mendedahkan bahawa Kerajaan Russia merahsiakan kehilangan sebutir peluru berpandu jarak dekat 9K52 Luna-M milik negara tersebut baru-baru ini. Peluru berpandu lama itu digelar Frog-7 oleh NATO dari pengkalan tentera negara itu. Peluru berpandu Surface to Surface (SSM) itu dikatakan boleh mengenai sasaran pada jarak 70 km.

Bagaimanapun operatif itu tidak menafikan kebanyakan peluru berpandu 9K52 itu telah diubahsuai dan jika ditembak dari pantai, ia boleh menghampiri penghujung zon ekonomi eksklusif sesebuah negara.

"Yang jelas ia boleh pergi lebih dari 3 batu nautika," kata operatif tersebut.

Presiden Russia, Vladimir Putin ketika ditanya oleh para wartawan hanya menjawab ringkas, "Ambo tok tahu, ambo sakit perut…".

Apabila terus diasak oleh wartawan, Putin yang kelihatan tertekan terus berkata, "celako… celako… celako… ambo nok sebut sekali lagi… celako…"

"… ambo nok sebut sekali lagi, celako!"

Sementara itu seorang pengalisis politik dari Singapura melahirkan kerisauannya terhadap kehilangan Doraemon dan peluru berpandu itu.

"Bagaimana kalau kedua-duanya ada kaitan?", kata Professor Aziz Baring yang kini adalah fellow kanan disebuah pusat perubatan kecantikan The Perfect Girls.

"Bagaimana kalau orang yang mencuri peluru berpandu itu menggunakan mesin pengembaraan masa Doraemon untuk kembali ke zaman lain. Tentu dunia yang kita kenal hari ini akan berubah. Sempadan negara juga semuanya akan berubah…." ujar Aziz yang ternyata risau.

"Contohnya kalau peluru berpandu itu jatuh ke tangan Raja Siam dahulukala, tentu sampai hari ini Kelantan masih dibawah naungan Siam, bahkan bukan Kelantan saja, Singapura pun sama," tambah Aziz dalam termanggu.

Like this:

Be the first to like this.

Read More @ Source



More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??

Scandal: Alyssa The Scandal Queen

Jho Low's Girlfriend Paris Hilton drunk and flashing panties ...