PAS Parti Pertama Memecah Belas Melayu Muslim, Tapi Idris Ahmad Tuduh UMNO Pulak

September 27, 2012   ·   7 Comments

dap ganti pas

Memang meloyakan apabila mendengar tuduhan bekas Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad, baru-baru ini di Harakahdaily yang menuduh kononnya UMNO merupakan penyebab utama Melayu hilang kuasa di Malaysia.

Idris Ahmad yang dikenali sebagai seorang yang "gila glamour" telah menyerang mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad, yang dikatakan cuba menyemai rasa takut di kalangan bangsa Melayu di negara ini dengan bercakap mengenai Melayu kehilangan kuasa pada PRU ke-13.

Kata Idris Ahmad, UMNO telah berkuasa selama 55 tahun di negara ini dan menyebabkan banyak tanah rezab Melayu yang hilang dari pegangan bangsa, khususnya ketika pentadbiran Tun Dr. Mahathir.

Idris juga menuduh bahawa UMNO merupakan bapa pepecahan Melayu apabila muncul parti-parti Melayu serpihan seperti Parti Negara dan Semangat 46. Peliknya, Idris tidak pula menyebut nama PAS dan PKR yang juga merupakan parti serpihan dari UMNO!

Dia berhujah, Melayu dahulu mempunyai parti yang lebih awal iaitu Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang ditubuhkan pada 1945 oleh Ibrahim Yaakob, Dr Burhanudin al-Helmi dan Ahmad Boestamam, serta mempersoalkan mengapa UMNO perlu diwujudkan kemudiaannya?

Kemudian, dia mendakwa PAS ditubuhkan kerana golongan ulama yang dikatakan tidak berpuas hati dengan isu judi yang tidak diharamkan oleh pemimpin UMNO dan memaksa mereka menubuhkan parti baru.

Saya ingin bertanya kepada Idris Ahmad, apakah dia terlalu bodoh untuk melihat tentang satu kebenaran yang berkemungkinan akan terjadi sekiranya Pakatan Haram menjajah Putrajaya pada PRU ke-13 nanti?

Saya yakin, majoriti rakyat akan setuju jika saya katakan bahawa DAP adalah parti paling berkuasa di dalam Pakatan Haram sekiranya pembangkang berjaya membentuk kerajaan memandangkan tindakan PKR dan PAS yang tunduk begitu patuh pada "Abang Besar" mereka itu.

Mungkin Perdana Menteri akan dilantik dari PKR memandangkan itu cita-cita "De Facto"nya, Anwar Ibrahim, manakala PAS hanya sekadar pak turut yang dilihat sebagai parti kelas bawahan yang dinafikan hak dasarnya secara mutlak.

Lihatlah saja pada "pilot kes" di dalam Kerajaan Pakatan Haram Negeri Selangor di mana Khalid Gagap terpaksa tunduk dengan kehendak Ronnie Liu, Teresa Kok dan Elizabeth Wong sehingga PAS dihenyak dengan teruk dalam isu mempertahankan aqidah umat Islam dan pusat-pusat hiburan.

Begitu juga dengan tekanan yang diterima oleh parti Idris Ahmad apabila pucuk pimpinannya membenarkan Azmin dan Anwar campur tangan dalam hal ehwal dalaman parti itu sehingga menyebabkan Hasan Ali dipecat dengan begitu mudah.

Jadi, rasanya budak sekolah rendah pun tahu menilai kedudukan bangsa Melayu dan Islam sekiranya Pakatan Haram memerintah negara ini. Dan itulah yang cuba diingatkan oleh seorang pemimpin yang terkenal "ultra Melayu"nya, Tun M.

Berkenaan dengan tanah rezab Melayu, cuba perhatikan di Kedah, Selangor dan Pulau Pinang bagaimana Azizan Razak, Khalid dan Guan Eng telah menukar status tanah rezab Melayu menjadi hak milik bukan Melayu. Dan apakah UMNO juga wajar dipersalahkan dalam angkara ini?

"Mengata dulang, paku serpih, mengata orang dia yang lebih"!

Apakah Idris Ahmad lupa bahawa PAS adalah parti pertama yang memecah-belahkan umat Islam dan bangsa Melayu di negara ini? Dengan "skim direct selling" menjual nama Islam, PAS telah berjaya meracun dan memesongkan sebahagian dari bangsa Melayu.

Begitu juga dengan PKR, demi kuasa dan mahu menjadi Perdana Menteri, Anwar menubuhkan PKR. Sekiranya Anwar memikirkan tentang perpaduan dan perpecahan orang Melayu, sudah tentu dia akan menyertai PAS dan tidak menubuhkan PKR!

Idris Ahmad takut untuk "belasah" Anwar, kah? Takut nasibnya jadi seperti Hasan Ali?

Idris Ahmad tahu atau tidak tentang erti "United" yang ada di dalam UMNO? United tu maknanya parti UMNO telah menyatukan pelbagai parti-parti Melayu kecil yang begitu banyak ditubuhkan sebelum merdeka itu dan sebab itulah nama UMNO digunakan berbanding PKMM!

Takkalah Idris Ahmad begitu bebal untuk tidak dapat berfikir secara rasional tentang itu?

Idris Ahmad menuduh UMNO ditubuhkan atas restu penjajah British untuk sistem pecah dan perintah? Bagaimana saya hendak bersetuju dengan kenyataan Idris ini memandangkan UMNO bertanggungjawab menyatukan banyak parti Melayu ketika itu?

Sebaliknya, siapa pula yang meluluskan penubuhan PAS ketika itu? UMNO atau British? Secara tidak langsung, penubuhan PAS yang direstui oleh British itulah yang menjayakan dasar pecah dan perintah yang disukai penjajah!

Tidakkah PAS dan Idris Ahmad boleh buka kotak fikiran mereka secara rasional berbanding menuduh musuh politiknya secara sihat, berfakta dan realistik? Tidak hairanlah tidak ada mana-mana pihak pun yang menghormati PAS di zaman ini…

By


Read More @ Source



More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??

Scandal: Alyssa The Scandal Queen

Jho Low's Girlfriend Paris Hilton drunk and flashing panties ...