HOT : GUAN ENG UMUMKAN SLOGAN BARU PAKATAN RAKYAT PULAU PINANG....



"DEPAN SEPAKAT..BELAKANG KHIANAT"

Ketidak sefahaman dan kemelut di kalangan pemimpin pakatan pembangkang di Pulau Pinang semakin menjadi perang besar yang sukar lagi disembunyikan berikutan kenyataan kontroversi Timbalan Ketua Menteri, Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman yang menyifatkan Ketua Menterinya, Lim Guan Eng sebagai angkuh.

Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir menyifatkan perbalahan antara Mansor dengan Guan Eng bukan perkara baru kerana ia sudah berlaku sebelum bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Muhammad Fairus Khairuddin meletak jawatan dan meninggalkan pembangkang.

"Keangkuhan Guan Eng ini bukan cerita baru, dari dahulu dia tidak pernah mengiktiraf kehadiran Pas dan PKR dalam kepimpinannya, kepadanya kejayaan pembangkang menawan Pulau Pinang adalah usaha DAP bukannya pakatan pembangkang.

"Guan Eng tidak akan mengaku mengenai perkara ini, tetapi keputusan dan tindakan yang dibuat adalah bersendirian tanpa mengambil kira pandangan daripada parti lain yang turut sama dalam kerajaan Pulau Pinang," katanya kepada UMNO-online.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendedahan media berhubungan kenyataan Mansor dalam mesyuarat PKR Pulau Pinang yang menyatakan Guan Eng sebagai angkuh.

Musa berkata, masalah pembahagian kerusi juga masih menjadi isu di kalangan pembangkang di Pulau Pinang terutama membabitkan kerusi kawasan pengundi Cina yang diwakili oleh PKR walaupun perkara itu dikatakan sudah selesai oleh Guan Eng.

"Pakatan pembangkang di Pulau Pinang berkecamuk sesama sendiri, isu kerusi menjadi isu hangat di kalangan mereka walaupun mereka nafikan perkara itu.

"DAP ingin meletakkan calon lebih daripada 2008 kerana mereka yakin dapat mempertahankan Pulau Pinang tanpa Pas dan PKR, di samping itu pelbagai masalah yang berlaku dalam PKR serta isu Hudud menyebabkan Guan Eng tidak senang dengan Pas.

"Bukan sesuatu yang mustahil jika DAP juga akan meletakkan calon yang ditaja di kawasan yang ditandingi oleh Pas, kalau tidak masakan ada beberapa pemimpin Melayu Pulau Pinang menyertai DAP, itu semua adalah strategi Guan Eng," katanya.

Beliau tidak menafikan pembocoran maklumat kepada media itu dilakukan oleh orang dalaman parti yang mungkin menjadi 'spy' kepada Guan Eng untuk menjatuhkan Mansor berikutan tiada persefahaman di kalangan mereka terutama membabitkan isu kaum Melayu Pulau Pinang. -MediaUMNO

Read More @ Source



More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??

Scandal: Alyssa The Scandal Queen

Jho Low's Girlfriend Paris Hilton drunk and flashing panties ...