Kaki Perempuan Fitnah Tengku Mahkota Pahang

Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang kini menjalani rawatan di Korea Selatan, murka terhadap pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) Badrolamin yang ditangkap kerana berkhalwat.

Menurut sumber, Tengku Mahkota Pahang murka kerana pemimpin PKR tersebut menganggap Jabatan Agama Islam Pahang merancang untuk penangkapannya bersama isteri orang yang bernama Watiwani.

Menurut sumber berkenaan, pada malam 25 Feb lepas, Tengku Abdullah yang berada di Kuala Lumpur sebelum berlepas ke Seoul, telah menitahkan seorang pegawainya untuk bertanyakan siapakah pemimpin PKR terbabit.

"Pegawai berkenaan telah menghantar pesanan khidmat ringkas (sms) kepada saya: "Titah u check sape pemimpin PKR yg kena khalwat di Phg..tq"," katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut sumber berkenaan, beliau telah menghubungi Pengerusi Perhubungan PKR Pahang Datuk Fauzi Abdul Rahman untuk bertanyakan perkara berkenaan sebelum memaklumkan kepada Tengku Mahkota.

Semalam, Pengarah Penerangan Kerajaan Selangor, Dr Badrulamin Bahron mendakwa beliau dimaklumkan bahawa Tengku Mahkota Pahang mungkin mencemar duli dan campur tangan dalam isu tuduhan khalwat yang dilemparkan terhadap dirinya.

Beliau berkata kes berkenaan mendapat perhatian Tengku Mahkota kerana perbuatan itu berlaku dinegeri Pahang.

Tengku Mahkota juga murka kerana baginda dikaitkan akan membantu Badrolamin dalam kes khalwat.

JAIP pada Sabtu lalu dilaporkan menahan seorang pemimpin PKR kerana disyaki berkhalwat dengan wanita berstatus isteri orang bernama Watiwani di sebuah hotel di Kuantan.

Bagaimanapun, Timbalan Pengarah JAIP, Datuk Mohd Gazali Abd Aziz menafikan dakwaan Badrulamin bahwa tangkapan itu adalah 'komplot terancang' daripada pejabat agama itu.

Sebaliknya, beliau menegaskan tindakan itu dibuat atas aduan daripada suami wanita itu sendiri yang menghubungi penguat kuasa JAIP supaya datang ke hotel itu kerana didapati isterinya bersama dengan lelaki lain


Eeeee biadapnya orang tua kaki perempuan ni. Ko dah buat salah mengaku je lah. Tak payah nak tuduh orang lain pulak. Komplot terancang nak perangkap ko apa kejadah kalau ko dah duduk berdua dengan bini orang. Habis yang ko geli geli dengan perempuan tu bukan kira komplot terancang ke? Rancang nak geli geli bersama kan kan kan.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca
Read More @ Source



More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??

Scandal: Alyssa The Scandal Queen

Jho Low's Girlfriend Paris Hilton drunk and flashing panties ...