Dewan Ulama Pas Makin Pelik Bila Ambil Remeh Isu Anwar Sokong Israel

Oleh  Azman Abas

KUALA LUMPUR 28 Feb – Dewan Ulama Pas sekali lagi dibidas kerana dilihat masih takut-takut untuk mengambil tindakan konkrit dan konsisten dengan pendirian mereka yang tidak mengiktiraf negara Israel.

Ilmuwan Muda UMNO, Ustaz Fadlan Othman berkata jika mereka konsisten dengan pendirian berkenaan, kenapakah masa yang diambil terlalu lama untuk membincangkang isu sokongan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Israel seperti yang disiarkan di dalam Wall Street Journal (WSJ) baru-baru ini.

Menurut beliau sepatutnya perkara itu perlu disegerakan berbanding ceramah atau lain-lain tugas kerana ianya akan menimbulkan pelbagai persepsi dan tanggapan dikalangan rakyat seperti yang disebutkan diatas.

"Cuba lihat dan tengok bagimana Pas hari ini dilabelkan dengan pelbagai gelaran. Itulah yang saya maksudkan dan perlu ada sedikit keberanian di kalangan kepimpinan pas khususnya Majlis Ulama dalam soal ini.

"Jangan asyik main tarik tali kerana risikonya cukup besar. Apa yang penting Pas perlu ke depan dalam arena politik semasa hari ini dan bukannya asyik berada di belakang PKR dan DAP," katanya kepada mediaumno di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib  yang masih belum menerima sebarang penjelasan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu sokongan Ketua Ketua Umum PKR itu terhadap Israel seperti yang disiarkan di dalam Wall Street Journal (WSJ) baru-baru ini.

Menurut beliau pihaknya belum menerima sebarang laporan daripada pertemuan antara Anwar dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana selalunya akan dibentangkan pada mesyuarat majlis Ulama yang diajdualkan pertengahan bulan depan.

Ustaz Fadlan seterusnya mempersoalkan apakah mesyuarat berkenaan tidak boleh diadakan terlebih awal atau dalam masa terdekat.

"Saya bukannya mahu mencampuri urusan dalaman Pas tetapi seperti yang saya katakan tadi Pas perlu ke depan sikit dalam soal ini.

"Lagipun bukankah isu Israel ini cukup penting dan ianya selari dengan Pas yang dikatakan konsisten dengan pendirian tidak mengiktiraf rejim berkenaan. Sampai bila Pas harus berada di belakang," soalnya. -MediaUMNO

Read More @ Source



More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??

Scandal: Alyssa The Scandal Queen

Jho Low's Girlfriend Paris Hilton drunk and flashing panties ...