HOT : BUKTI PEMBANGKANG DAH HABIS MODAL...



Setiausaha Agung UMNO dan Barisan Nasional, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini membidas pakatan pembangkang PKR-DAP-Pas yang seringkali menuduh Barisan Nasional (BN) dan UMNO atas masalah atau kesulitan yang dihadapi oleh mereka.

Beliau berkata, BN dan UMNO merupakan pertubuhan politik yang berlandaskan prinsip perjuangan yang betul dan tidak melakukan pelbagai perkara yang dituduh oleh pakatan pembangkang.

"Ini memang sengaja diada-adakan untuk menunjukkan kononnya BN dan UMNO adalah pertubuhan yang tidak baik," katanya secara ringkas kepada Bernama ketika dihubungi.

Beliau berkata, demikian sebagai mengulas dakwaan Setiausaha Agung DAP yang juga K! etua Men teri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, kononnya Umno dan Perkasa bertanggungjawab terhadap kekacauan yang berlaku semasa Perhimpunan Hijau 2.0 di Padang Kota Lama, Pulau Pinang Ahad lepas.

"Mereka ini tak habis-habis nak salahkan kita. Kekecohan ketika ceramah (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) di Sembrong pun dia tuduh kita. Orang kena tangkap khalwat pun salahkan kita. Semuanya nak salahkan kita. Apa kena mengena semua itu dengan kita?," katanya. — BERNAMA
Read More @ Source



More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??

Scandal: Alyssa The Scandal Queen

Jho Low's Girlfriend Paris Hilton drunk and flashing panties ...