Sediakah Khalid tubuh JKuasa Cegah Murtad?


Sediakah exco ugama baru Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, selaku Exco Ugama baru bekerjasama dengan usaha Jawatankuasa Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah yang baru ditubuhkan oleh JAKIM?

Murtad: Jawatankuasa ditubuh

KUALA LUMPUR 26 Jan. – Jawatankuasa Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah bagi memantau lebih rapi pengembangan agama bukan Islam kepada orang Islam ditubuhkan hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, jawatankuasa yang diletakkan di bawah Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) turut memantau pengembangan ajaran salah antara sesama umat Islam.

Beliau berkata, jawatankuasa yang dipengerusikannya itu akan memastikan setiap pihak berkuasa yang terlibat di bawah Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam Kepada Orang Islam melaksanakan bidang kuasa masing-masing.

''Ini bermakna pihak polis berhak untuk menahan mereka yang terlibat, pendakwaan boleh dilakukan, malah kesemua pihak akan bekerjasama,'' katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan perjumpaan dengan Penasihat Undang-Undang negeri dan Jabatan Agama Islam negeri di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) di sini, hari ini.

Jawatankuasa itu turut dianggotai oleh wakil-wakil Jabatan Agama Islam negeri, Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Peguam Negara dan Polis Diraja Malaysia.

Sehubungan itu, Jamil Khir meminta Jabatan Agama Islam negeri yang masih belum mewujud dan menguatkuasakan enakmen itu untuk melakukannya segera.

Katanya, penubuhan jawatankuasa itu bagi menjaga keharmonian masyarakat dan memastikan mereka yang dipaksa murtad terbela.

Katanya, enakmen yang telah diwujudkan sejak kira-kira 32 tahun lalu hanya pernah dikuatkuasakan di Pahang pada 2002. - Utusan Malaysia

Agak-agak, adakah Selangor akan tubuhkan Jawatankuasa ini?

Muga-muga jika tidak ditubuhkan pun, tidaklah Selangor menjadi negeri pertama menghapuskan undang-undang syariah bagi memantau pengembangan agama bukan Islam kepada orang Islam.

Read More @ Source



More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??

Scandal: Alyssa The Scandal Queen

Jho Low's Girlfriend Paris Hilton drunk and flashing panties ...