Hadi!! Jangan Letak Jawatan, Kami ‘Butuh’ Kamu

January 30, 2012   ·   1 Comments

hadawang

DALAM bahasa Indonesia butuh itu maksudnya perlu.

Penulis dengan rendah diri, merayu sangatlah pada Hadi, janganlah meletakkan jawatan dalam PAS atau enggan bertanding dalam pilihanraya akan datang.

Ini kerana UMNO khasnya masih lagi memerlukan khidmat Hadi untuk terus bersama-sama dengan PAS, kalau boleh sampai mati.

Kehadiran Hadi dalam PAS sebenarnya banyak menguntungkan UMNO.  Gerak kerjanya yang lembap (terutama sejak berbini 3) dan lebih patuh kepada arahan-arahan DAP dan Anwar Ibrahim sebenarnya banyak membantu kejayaan UMNO pasca pilihanraya umum ke-12.

Jarang rasanya UMNO mendapat kelebihan yang banyak dari kelemahan pimpinan parti lawan, melainkan Hadi.  Apatah lagi bila Hadi sanggup terhegeh-hegeh menebalkan muka ke Putrajaya untuk mengadakan rundingan kerajaan perpaduan dengan mantan Perdana Menteri, Abdullah Haji Ahmad Badawi (kini Tun) pada 2008.

Tidak ada siapa dalam UMNO yang boleh melupakan perkara tersebut.  Kerananya, PAS hampir terbelah kepada dua dan mantan Timbalan Presiden disingkirkan, semuanya atas isu yang sama – kerajaan perpaduan.

Siapa yang bertanggungjawab atas semua itu kalau bukan Hadi.

Penulis sendiri sudah tentu merindui Hadi, kerana tidak ada lagi 'peluru-peluru' mudah yang dibekalkan Hadi untuk menembak parti PAS dalam bentuk penulisan.  Ada Hadi ni banyak isu boleh ditulis .

Lagipun Hadi adalah antara beberapa kerat lelaki yang mampu 'mendayung' 3 sampan dalam satu masa.  Tidak ramai yang punya kebolehan sepertinya dan kalau dia bersara dari politik, hilanglah satu lagi 'primadora' lelaki terakhir Malaya yang boleh dijadikan contoh.

Takat itu ajela.

Jadi kehadiran Hadi sebenarnya penting untuk kelangsungan politik UMNO yang lebih baik.  Ya, penulis katakan lebih baik, tanpa Hadi pun memang dah baik dah.

Tapi ada kemungkinan juga, idea untuk mengundurkan diri ini timbul setelah Hadi dilihat tidak berdaya lagi menjalankan tugas sebagai Presiden PAS.  Sudahlah jawatan itu jatuh nombor 3 penting dalam hireaki kepimpinan PAS, kebangkitan puak Anwarinas hanya menjadikan jawatan tersebut bertambah tidak bermakna daripada sedia ada.

Kalau perkara ini benar, maksudnya krisis kepimpinan PAS memang sudah parah, berlawanan yang ditunjukkan kebelakangan ini, aman damai macam tidak ada apa.

Sejauh mana PAS mampu bertahan dalam keadaan sekarang hanya masa yang akan menentukan.  Dengan perjuangan zaman berzaman negara Islam sudah ditukar menjadi negara berkebajikan kerana takutkan DAP dan PKR, kini parti tersebut sedang diambil alih dari dalam oleh puak-puak anwarinas ini atau dalam kamus Hasan Ali disebut 'parasit'.

Agaknya, apa lagi berkenaan Islam yang ada pada PAS selepas ini?  Bulu Nik Aziz kot.

By


Read More @ Source



More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??

Scandal: Alyssa The Scandal Queen

Jho Low's Girlfriend Paris Hilton drunk and flashing panties ...