Israel: Kenyataan Anwar Selari Hamas, Gerakan Islam?

January 30, 2012   ·   10 Comments

manuty

P. ANWAR Ibrahim sekarang kelihatannya begitu terdesak untuk mempertahankan diri dari komitmenntya untuk melindungi keselamatan Israel dalam satu temuramah dengan The Wall Street Journal yang disiarkan pada Khamis.

Setelah cubaan mengaitkan kerajaan Malaysia gagal, P. Anwar dan balacinya cuba mengalihkan tumpuan kepada pihak-pihak lain pula.

Keadilan Daily baru-baru ini memetik kenyataan Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty. bahawa kenyataan P. Anwar itu adalah selari dengan pendirian Hamas dalam prinsip Penyelesaian Dua Negara

Kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan isu Palestin-Israel adalah selari dengan Inisiatif Keamanan Arab, malah didokong gerakan Islam seluruh dunia termasuk Hamas- sebuah gerakan yang mempelopori perjuangan rakyat Palestin.

Kenyataan Anwar, yang disiarkan oleh Wall Street Journal melalui satu wawancara 26 Januari lalu bagaimanapun diputarbelitkan media milik Umno, kata Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty.

Beliau ditanya mengenai prinsip Penyelesaian Dua Negara atau lebih dikenali sebagai Two-State Solution yang  turut dipersetujui Hamas dan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

"Hamas pernah menyatakan kebarangkalian untuk melihat realiti kewujudan dua buah negara yang berasingan, tetapi pemimpin Hamas mahu memastikan Israel benar-benar jujur untuk mengiktiraf negara Palestin menurut Resolusi Majlis Keselamatan PBB 1967,

Persoalannya sekarang, Hamas?

Macam mana Hamas yang melancarkan serangan roket hampir setiap hari ke kawasan yang dikuasai Israel boleh dikaitkan dengan cuba melindungi keselamatan Israel?  Itu bukan setakat nampak tidak logik, malah juga tidak masuk akal sama sekali.

Kalau ya pun nak menipu, tengok-tengoklah sekeliling.  Rakyat Malaysia hari ini bukan mudah diperbodohkan oleh Anwar, apatah lagi oleh balaci belaannya.

Ini sekarang siapa cuba putar belit siapa?

Kita persoalkan kenyataan P. Anwar untuk melindungi keselamatan Israel, bukan tentang komitmennya pada perjuangan Palestine.  Adakah kami pertikaikan soal Anwar dan Palestine?  Kalau ada sila tunjuk yang mana.

Lagipun toksah kelentonglah.  Sila tunjuk dalam interview P. Anwar dengan The Wall Street Journal, mana dia ada disebut perkataan yang kemudiannya ditafsir sebagai Inisiatif Keamanan Arab, Two-State Solution?  Itu baru tanya dimana wujud, kalau wujud sekalipun, di mana yang kita pertikaikan soal itu?

Inilah sebenarnya drama Anwar, maka itu layak dia diberi gelaran 'P' pada pangkal namanya.  Kita dok pertikai lain, dia persoal lain

By


Read More @ Source



More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??

Scandal: Alyssa The Scandal Queen

Jho Low's Girlfriend Paris Hilton drunk and flashing panties ...