HOT : AMPANG DAN CHERAS DIJADIKAN HUB HIBURAN + SEX ALA PATPONG..


Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan usaha pihak tertentu yang cuba menjadikan dua daerah di Lembah Klang di sini sebagai pusat hiburan ala Patpong, Thailand, dengan menawarkan 'tarian tiang' kepada pelanggan.

Kegiatan itu yang dikesan dilakukan oleh dua pemilik premis hiburan di Ampang Jaya dan Cheras tersebut baru-baru ini bagaimanapun berjaya dikekang polis.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Abd. Jalil Hassan berkata, kedua-dua pusat hiburan itu dikesan menawarkan kegiatan tersebut sejak awal tahun ini.

"Malah. penari itu terdiri daripada wanita tempatan yang berpakaian menjolok mata sambil melakukan 'tarian tiang' dengan aksi mengghairahkan.

"Wanita ini akan menari dalam aksi menggoda supaya pengunjung memberi mereka kalungan bunga yang setiap satu berharga RM20.

"Pengunjung yang memberi kalungan bunga juga berpeluang untuk meramas payu dara dan memegang tubuh wanita tersebut," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Jelas beliau, kegiatan itu juga menyumbang kepada aktiviti pelacuran jika pelanggan sanggup membayar lebih daripada harga kalungan itu.

Beliau berkata, siasatan mendapati RM10 daripada harga kalungan bunga tersebut akan diberikan kepada pemilik premis tersebut.

Katanya, bagaimanapun kegiatan premis yang mempunyai lesen tersebut tidak bertahan lama apabila polis melakukan serbuan beberapa minggu lalu.

"Dalam serbuan tersebut, kita dapati mereka bagaikan cuba untuk menghidupkan budaya hiburan tarian tiang ala Patpong," ujarnya.

Tambah beliau, pihaknya mengalu-alukan sebarang maklumat daripada orang ramai selain meningkatkan pemantauan terhadap pusat hiburan yang menawarkan aktiviti sedemikian. Utusan


**Penat pihak polis buat kerja nak menghalang tauke-tauke pusat hiburan ini menjana keuntungan dengan menjalankan aktiviti maksiat ini..malam ni serbu...esok perniagaan dijalankan seperti seperti biasa..apa kata pihak polis berkerjasama dengan TNB dan Syarikat Air supaya selepas diserbu bekalan mereka juga akan dipotong..Barulah aktiviti yang menyumbang dana terbesar pada DAP ini boleh dihentikan...tak gitu??
Read More @ Source



More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??

Scandal: Alyssa The Scandal Queen

Jho Low's Girlfriend Paris Hilton drunk and flashing panties ...