PAS terus dibuli DAP dan PKR

Sebagaimana yang dijangka, PAS akhirnya tewas lagi ditangan DAP. Setelah kalah pada pusingan pertama berhubung isu penubuhan Negara Islam atau Daulah Islamiyyah, PAS sekali lagi tunduk kowtow kepada rejim DAP pimpinan Karpal dan Kit Siang. Sudah 2-0 jadinya sekarang.

Jika dikaji sejak mula PAS menyertai Pakatan Haram pada tahu 2008 (itupun disebabkan menghadapi PRU dan kebetulan menang sebab orang marah pada Pak Lah dan KJ), PAS dilihat begitu lekeh sekali di dalam pakatan setan tersebut. Mungkin itulah balasan Allah kepada mereka yang kononnya pejuang Islam, tapi sanggup berpeluk dengan orang-orang yang mereka sendiri anggap syaitan sebelum ini.

Nah! Kini, kepada sesiapa saja dari PAS, termasuk Mursyidul Am atau Ketua Dewan Pemuda PAS sendiri, jika mereka berbunyi lagi mengenai hudud atau perlaksanaannya, maka mereka boleh dijatuhkan hukuman disiplin oleh Pakatan Haram itu. Maknanya, hudud sudah dibuang 100% dari kamus Pakatan Haram, termasuk PAS.

Jadi, jangan lagi gatal-gatal mulut nak sebut berkenaan Hudud. Haram hukumnya bagi Pakatan Haram! Jika degil juga, maka mereka yang gatal mulut itu boleh dikategorikan sebagai penderhaka kepada kitab suci mereka, buku Jin Gay. Mahu tak mahu, PAS harus melupakan terus tentang hudud selagi sekatil bersama DAP dan PKR.

Sampai bila PAS sanggup diperbudak-budakkan? Di mana maruah mereka di mata rakyat, khususnya puak-puak PAS sendiri? Di mana mereka nak letak muka bila berhadapan dengan penyokong mereka? Selama ini mereka menyajikan harapan menggunung di hati para penyokong PAS dengan penubuhan Daulah Islamiyyah dan perlaksanaan Hudud. Namun kini setelah bersama PKR dan DAP, habuk pun tarak!

Sampai bila PAS mahu membiarkan dasar mereka dipupuskan satu persatu oleh Anwar dan DAP? Sampai bila PAS akan terus menggadaikan perjuangan dan pe! rlembaga an mereka ditangan Karpal dan DAP?

Semalam, Nik Aziz tidak hadir dalam mesyuarat tersebut dan PAS diwakili oleh Presidennya, Hadi Awang. Meskipun Hadi sebagai Presiden, dia sebenarnya tidak boleh membuat keputusan sendiri. Sepatutnya, apa saja yang diperbincangkan oleh para pemimpin Pakatan Haram semalam harus dibawa balik oleh Hadi ke dalam ruang syura PAS.

Kemudian, Majlis Syura PAS sepatutnya bermesyuarat sesama mereka dan di bantu oleh Dewan Ulama, Mursyidul Am dan Timbalannya. Setelah puas bermesyuarat, maka barulah PAS memilih wakil mereka untuk memperdebatkan isu tersebut bersama PKR dan DAP. PAS mestilah tidak tolak ansur dengan keputusan parti itu meskipun mendapat tekanan dari DAP atau PKR. Ini adalah memandangkan keputusan itu melambangkan keputusan yang diambilkira dari sudut Islam dan muktamad.

Sebenarnya, jika PAS bersatu bersama UMNO atau BN, jangankan hudud, malah pelbagai dasar PAS boleh dilaksanakan Kerajaan untuk rakyat. Namun, memandangkan PAS fikir merekalah juara Islam, ego dan tidak ikhlas dalam perjuangan mereka, maka PAS terus diperkotak-katikkan oleh Kafir Harbi dan Puppet Yahudi. Jauh disudut hati PAS, mereka menderita sebenarnya, tapi takkanlah mereka nak beritahu media pulak?

Kini, Nik Aziz telah dimalukan. Nasrudin Tantawi yang sebelum ini bagaikan nak isytihar perang pada yang menentang Hudud, sudah lembik tengkuknya. Tunduk dan akur kepada ketuanan DAP dan PKR. Hakikatnya ini harus diterima oleh PAS memandangkan mereka sudah tersesat jalan untuk seiring bersama DAP dan PKR. Sampai bila lagi PAS nak begitu? Sampai PKR dan DAP suruh bubarkan PAS dan masuk parti mereka? Begitu? Terserahlah pada PAS


Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??

Scandal: Alyssa The Scandal Queen

Jho Low's Girlfriend Paris Hilton drunk and flashing panties ...