PANAS : Mana Janji PKR, Mahu Tampilkan Prof. Arif, Hassanuddin & Kak Sham Saksi Alibi ?


Parti Keadilan Rakyat (PKR) melalui Pengarah Strategiknya, Rafizi Ramli pernah berjanji akan menampilkan saksi-saksi alibi yang menunjukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak berada di tempat kejadian pada tarikh dan masa yang didakwa di mahkamah.

Pengarah Strategik PKR berkata demikian dalam satu ceramah yang dipercayai majlis penerangan kepada aktivis-aktivis penerangan parti di sebuah hotel, Ipoh Perak pada 5 Mei 2011.

Dalam majlis itu, Pengarah Strategik PKR menyebut tiga nama untuk ditampilkan sebagai saksi alibi, sekiranya Anwar diperintahkan mahkamah untuk membela diri.

Tiga nama yang disebut-sebut itu adalah Professor Datuk Dr Mohamed Ariff bin Abdul Kareem, bekas Pengarah Eksekutif Malaysian Institute of Economic Research (MIER); Hassanuddin Abd. Hamid dan Noor Sham Abdul Hamid, pasangan suami isteri, pemilik unit kondominium, tempat kejadian liwat didakwa berlaku.

Prof. Mohamed Ariff dilaporkan bermesyuarat bersama Anwar di Unit 1152, Kondominium Desa Damasara, No 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara pada 26 Jun 2008 di antara kira-kira jam 12 tenghari hingga 2.30 petang.

Manakala pasangan suami isteri pemilik kondominium dilaporkan berada di Unit 1152 pada tarikh dan masa yang didakwa.

Anwar, 63, didakwa melakukan seks luar tabie terhadap bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di Unit 1151, Kondominium Desa Damasara, No 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara pada 26 Jun 2008 di antara kira-kira jam 3.01 hingga 4.30 petang.

Difahamkan Unit 1152 dan 1151 dimiliki oleh Hassanuddin Abd. Hamid, di mana Unit 1152 digunaikan sebagai kediaman peribadi,! manakal a Unit 1151 dijadikan sebagai Rumah Tamu, yakni sebagai tempat istirehat kepada tetamu-tetamunya.

Mohd Saiful dalam keterangannya di mahkamah sebelum ini telah memberitahu bahawa dia telah diminta oleh Anwar supaya hadir ke Unit 1151, kondominium itu pada tarikh yang didakwa dan Ketua Umum PKR turut memaklumkan pada tarikh yang sama, beliau mempunyai mesyuarat bersama Prof. Mohamed Ariff di Unit 1152 pada jam 12 tengahari.

Anwar dalam pembelaan dirinya, setakat ini menampilkan 4 orang saksi termasuk dirinya yang membela diri dari kandang tertuduh, iaitu pembelaan yang tidak perlu bersumpah dan tidak boleh disoal balas oleh pihak pendakwa.

Menurut Zulkifli Noordin, salah seorang peguam bela kes liwat I Anwar, pemilihan pembelaan dari kandang tertuduh adalah langkah penakut kerana tidak bersedia diuji sejauh manakah kebenaran dakwaan-dakwaan pembelaannya.

Katanya langkah membela diri dari kandang tertuduh, tidak bernilai dari segi perundangan, berbanding dengan keterangan dari kandang saksi, yang diwajib bersumpah sebelum membela diri dan perlu disoal balas oleh pihak pendakwa.

Selain Anwar, tiga lagi saksi pembela mewakilinya adalah Dr Mohamad Osman Abdul Hamid, bekas doktor dari hospital swasta Pusrawi dan dua pakar dari Australia iaitu Dr. David Wells serta Dr. Brian McDonald.

Menurut Sankara Nair yang merupakan salah seorang peguam bela Anwar, selepas ini, pihaknya akan memanggil empat orang lagi untuk memberi keterangan.

Mereka adalah Dr. Thomas Hoogland dari Munich, Jerman; Lim Kong Boon, Ketua Seksyen DNA Forensik, Jabatan Kimia Malaysia; Tan Sri Musa Hassan, bekas Ketua Polis Negara dan Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof, bekas Ketua Polis Melaka.

Anwar juga turut mensapina Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor untuk menjadi saksi namun kedua-dua individu itu memfailkan permohonan di mahkama! h untuk mengetepikan sapina tersebut.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan 29 September ini untuk mendengar permohonan Najib dan Rosmah itu.

Pada Januari tahun lepas, pihak Anwar melalui firma guaman S.N Nair dan Partners menyenaraikan 13 orang saksi alibi dalam notis alibinya di bawah Seksyen 402 A Kanun Prosedur Jenayah.

Daripada 13 saksi itu, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, Presiden PKR disenarai sebagai saksi pertama alibi, namun sehingga kini isteri Anwar itu tidak pernah dipanggil sebagai saksi.

Prof Arif, Hassanuddin & Kak Sham Adalah Alibi Anwar ?
-AIDC

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??

Scandal: Alyssa The Scandal Queen

Jho Low's Girlfriend Paris Hilton drunk and flashing panties ...