Guan Eng Ada Agenda Tersembunyi Burukkan Johor - Razali

KUALA LUMPUR 29 Sept. - Tindakan Lim Guan Eng memburukkan-burukkan Johor merupakan misi serampang dua mata Ketua Menteri Pulau Pinang itu yang terdesak mahu memperbaiki imejnya setelah indeks pelaburan langsung asing (FDI) di negeri itu merudum tahun ini.

Dalam masa yang sama, tindakan Setiausaha Agung DAP itu dilihat sebagai meneruskan misi Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu memperlekehkan polis.

Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim berkata, Guan Eng hanya seorang pemimpin berjiwa kecil yang sentiasa dibelenggu fahaman politik kepartian sehingga mengetepikan soal kemakmuran nasional dan imej negara sendiri.

Dia (Guan Eng) hanya hendak bawa Pulau Pinang bersaing dengan negeri-negeri lain walhal di bawah program transformasi Barisan Nasional (BN), kita mahu menjadikan Malaysia secara keseluruhannya kompetitif untuk bersaing di dunia.

Realitinya, Pulau Pinang tidak boleh berdiri sendiri. Pulau Pinang tidak akan berjaya tanpa bantuan negeri lain. Negeri tersebut hanya satu pelabuhan atau pintu masuk yang disediakan kerajaan Pusat dan telah menjadi kondusif kepada pelabur.

Kemudahan infrastruktur yang dibina di dalam negara kita menyebabkan faedah ini dinikmati negeri-negeri. Justeru, saya mahu menyatakan kepada Guan Eng bahawa pesaing kepada Johor adalah Singapura, bukannya Pulau Pinang, katanya di sini, hari ini.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed semalam mendedahkan, pelaburan langsung asing (FDI) Pulau Pinang merudum tahun ini kepada RM4.6 bilion daripada RM12.2 bilion tahun lalu.

Razali yang juga Ahli Parlimen Muar menambah, DAP sememangnya gemar merendahkan kemampuan polis, mengganggu-gugat ketenteraman awam dan tidak mahu menerima hakikat bahawa Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) berjaya mengurangkan kadar jenayah kerana khuatir kekeringan modal menjelang pilihan raya.

Sebagai rakyat Jo! hor, say a terguris kerana di Johor rupa-rupanya sudah tidak boleh berjalan, takut diculik. Saya kagum bagaimana penjenayah boleh tahu mana satu orang Johor atau Singapura, ujarnya.


Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??

Scandal: Alyssa The Scandal Queen

Jho Low's Girlfriend Paris Hilton drunk and flashing panties ...