PANAS : HUDUD - ANWAR TERPAKSA BUNUH NIAT NIK AZIZ UNTUK JAGA HATI DAP....??



Nampaknya cita-cita Nik Aziz untuk melaksanakan Hudud di Kelantan masih lagi berstatus angan-angan. Keputusan ini sudah dijangka dari awal lagi walaupun Pakatan Haram terpaksa bermesyuarat berjam-jam untuk mengeluarkan jawapan yang paling selamat iaitu TIADA KATA PUTUS....

Jika dilihat secara logik, pakatan haram sepatutnya telah berjaya mencapai kata putus dalam mesyuarat semalam dan keputusannya sepatutnya memihak kepada Nik Aziz untuk melaksanakan hudud di Kelantan kerana Anwar selaku penasihat PKR sokong Hudud, PAS semestinya sokong Hudud cuma DAP saja yang menentang...Jika dibuat secara undian confirm Hudud menang... 2-1..

Tetapi apakan daya... Anwar terpaksa memihak kepada DAP kerana survival politiknya untuk menjadi Perdana Menteri terletak di tangan DAP iaitu undi cina...maka terpaksalah Anwar tunduk kepada desakan Lim Kit Siang dan juga Karpal supaya membatalkan hajat Nik Aziz....

Lepas ni kita tunggu pula apa reaksi Nik Aziz...Adakah PAS akan keluar dari pakatan untuk memperjuangkan negara Islam dan melaksanakan Hudud atau terpaksa tunduk kepada kemahuan DAP??


Cadangan PAS untuk melaksana undang-undang hudud ke atas orang Islam di Kelantan masih belum dapat diputuskan oleh majlis pimpinan Pakatan Rakyat walaupun hangat dibincangkan dalam mesyuaratnya malam ini.

Bagaimanapun, ketua umum Pakatan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, majlis pimpinan itu menghormati niat kerajaan Kelantan untuk melaksanakan undang-undang berkenaan.

Majlis ! itu juga menghormati pendirian DAP yang menentang keras cadangan berkenaan, kata Anwar kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat itu di ibupejabat PAS, Kuala Lumpur. MK

Agenda Daily pula melaporkan :

Anwar memulakan sidang akhbar dengan membaca kenyataan enam perenggan yang nampak terlalu umum mengenai hal itu,seperti berikut:

Mesyuarat Pakatan Rakyat malam ini memperakui dan mempertahankan dasar-dasar bersama yang telah dipersetujui sebelum ini, sepertimana terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan, Dasar Bersama dan Buku Jingga.

Pakatan Rakyat terus memperteguhkan iltizam politik bagi mempertingkatkan daya-saing ekonomi, pendapatan rakyat, mutu pendidikan, kesihatan dan menangani kos kehidupan yang semakin menekan.

Mesyuarat juga memperakui dan menghormati perbedaan ideologi setiap parti dalam Pakatan Rakyat sebagai sebuah permuafakatan demokratik, termasuk pendirian PAS berkenaan hukum syariah.

Mesyuarat juga memperakui kewujudan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003 yakni sebelum wujudnya muafakat Pakatan Rakyat di samping menghormati perbezaan pendirian oleh DAP dalam perkara ini.

Mesyuarat Pakatan Rakyat juga mempertegaskan bahawa kami ti! dak akan terheret dengan mainan politik terdesak UMNO-Barisan Nasional untuk memecahbelahkan kesatuan Pakatan Rakyat. Kita percaya penuh di atas kematangan dan kebijaksanaan rakyat untuk menilai suasana ini.

Mesyuarat sekali lagi mempertegaskan bahawa muafakat dan objektif utama politik parti-parti komponen PR dalam Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 ini adalah untuk membina kembali asas-asas kenegaraan yang telah dirosakkan oleh UMNO-BN, dengan berpandukan prinsip Keadilan Segajat (Universal Justice) Pentadbiran Yang Baik (Good Governance), Kebertanggungjawaban (Accountability), Ketelusan (Transparency), Kompetensi (Competency) bagi mencapai Kemaslahatan Umum (Public Good) untuk semua rakyat.

Kesimpulannya ialah PKR-PASDAP terus bersetuju untuk berbeza dalam soal ideloji tentang isu berkenaan.

Ibarat orang yang sudah tidak ada alasan lagi,katanya pakatan itu menghormati pendirian PAS dalam hal itu tetapi pada masa yang sama menerima perbezaan pendirian DAP yang menentang pelaksanaannya.

Anwar yang biasanya suka melayan soalan untuk betulkan persepsi tentang PR nampak tidak berminat kali ini.
Ketika diminta menjelaskan lebih lanjut beliau memberi jawaban yang berbelit merujuk balik kepada kenyataan enam perenggan itu hingga membingungkan kalangan wartawan.

Seperti biasa untuk bersilat beliau cuba mempersalahkan UMNO cuba pecahbelahkan PR.

Katanya PR tidak akan terheret dengan mainan politik UMNO-BN.

Seorang wartawan kedengaran berbisik kepada rakannya waktu itu, yang bangkitkan isu hudud ialah PAS dan yang menentang ialah DAP.

Apa kena mengena UMNO? katanya.

Ahli Parlimen BN kawasan ! Kota Be lud ,Sabah, Datuk Abdul Rahman Dahlan dalam twitternya mengulas hasil mesyuarat PR itu berkata, "Finally, after a stressful day they made me laugh. Thanks anwar and pakatan. They r the best comedians".


Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??

Scandal: Alyssa The Scandal Queen

Jho Low's Girlfriend Paris Hilton drunk and flashing panties ...