Kepimpinan Nik Aziz Patut Di Jadikan Iktibar

Kita semua sedia maklum,atas kesaktian dan keajaiban manusia yang mengelarkan diri sendiri sebagai Tok Guru kini bukan saja berjaya meletakkan diri beliau di kalangan khawarij sebagai wali selipar dan pemegang kunci syurga.


Hari ini setelah melihat peluang dan keistimewaan yang diperolehi okeh khawarij yang mendapat imbuhan syurga maka seorang India melihat ia adalah satu peluang untuk turut merebut tiket ke syurga khawarij PAS apabila puji melangit tok wali selipar ini hinggakan naik hangit membaca kenyataan beliau di portal kitab muktabar khawarij PAS.


Nik Aziz 20 tahun jadi MB,berjaya menjadikan Kelantan serambi kuil.20tahun juga beliau berjaya menjadikan air di seluruh negera secara mukjizat bertukar menjadi seperti teh tarik.Menariknya beliau kononnya sering kali turun tengok kawasan padahal baru baru ini satu tunjuk perasaan penduduk dari 2 kampung yang berada didalam kawasan DUN yang diwakili beliau sehingga sekarang tidak membina jalan walaupun puluhan kali rayuan dibuat.


20 tahun juga rakyat Kelantan merempat tiada rumah untuk rakyat miskin dibina,sebaliknya atas kebijaksanaan yang tiada tandingan,si wali selipar ini membina stadium baru untuk dijadikan sebagai rumah RAKYAT!


Memang amat mudah bertemu dengan Nik Aziz kerana beliau memang tidak sibuk sesibuk MB lain.Memandangkan tak buat kerja maka sesiapa pun mudah bertemu dengan beliau.


Adalah tidak mengejutkan apabila membaca berita pecah panggung masuk bakul angkat sendiri,walau pun menyedari rakyat sedang memerhatikan politik gampangan khawarij Kelantan berpolitik hanya dengan
bermodalkan syurga dan pahala.


Petikan Haprak daily-
Kepimpinan Nik Aziz patut dicontohi semua kaum

Written by Aziz Muda
KUALA LUMPUR, 25
Mei: Kepimpinan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, diakui terbaik oleh kaum
India dan patut dicontohi oleh semua kaum di negara ini.


Kepimpinan beliau ternyata penuh amanah, prihatin dan berpihak ke! pada rak yat sehingga menyebabkan semua rakyat Kelantan terutama yang miskin dan memerlukan pembelaan terbela tanpa mengira kaum.
Presiden Persatuan Progresif India Malaysia, AP Raja
Retinam (gambar) mengakui, kaum India ternyata amat
senang berada di bawah kepimpinan Nik Aziz kerana beliau sentiasa turun padang untuk meninjau segala permasalahan rakyat untuk diselesaikan.


Menurut beliau, selain itu, cara Nik Aziz yang penuh
kesederhanaan amat disenangi oleh kaum India dan kaum-kaum lain sehingga menyebabkan beliau amat mudah ditemui dan didekati. Katanya, kepimpinan Nik Aziz juga ternyata amat berhemah dalam membelanjakan wang kerajaan, sehingga terelak
dengan pembaziran, sebaliknya benar-benar untuk
kepentingan rakyat.


"Kepimpinan Nik Aziz sejauh yang dilihat oleh kaum India sendiri ternyata amat baik dan amat jauh berbeza
berbanding kepimpinan para pemimpin Umno atau BN,"
katanya ketika ditemui selepas sidang akhbar Persatuan
Pelajar India Malaysia (MISA), di sini, hari ini.
Pada sidang media di ibu pejabat MISA itu, beliau turut
hadir untuk bersama para kepimpinan persatuan itu
menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap
diskriminasi yang dilakukan oleh pihak Kerajaan BN
mengenai biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA),
khususnya terhadap kaum India dan kaum-kaum lain di
negara ini.


Menurut Raja Retinam, selain itu, Nik Aziz turut diakui oleh
kaum India di Kelantan sebagai pemimpin yang mudah
untuk dijumpai kerana tidak banyak protokol yang perlu
dilalui untuk menemuinya.
"Malah saya sendiri juga turut mempunyai pengalaman
tersendiri dalam hal ini. Untuk berjumpa Tuan Guru Nik Aziz,
saya hanya perlu menulis surat dan selepas itu terus dapat
menemuinya.
"Amat jauh berbeza kalau nak jumpa Menteri Besar Kerajaan
BN. Amat susah. Malah bukan sahaja nak jumpa MB, nak
jumpa exco dari Kerajaan BN pun amat susah," katanya.
Berdasarkan pengalaman beliau, bukti kepayahan untuk
berjumpa menteri besar! yang be rada dalam Kerajaan BN,
selain terpaksa melalui protokol yang bukan-bukan, mereka
juga dimestikan berjumpa dengan pihak MIC terlebih
dahulu.
"Kesemua itu melambangkan betapa berbezanya
kepimpinan Tuan Guru Nik Aziz yang menerajui kepimpinan
PAS Kelantan berbanding kepimpinan BN.
"Kepimpinan Nik Aziz sememangnya diakui oleh kaum India
dan kaum-kaum lain sebagai kerajaan yang benar-benar
berpaksikan rakyat," tegasnya.


Pisau kata "nik ajis punca perpecahan didalam khawarij pas"



Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??

Scandal: Alyssa The Scandal Queen

Jho Low's Girlfriend Paris Hilton drunk and flashing panties ...