Cico Harahap dan puterinya Nur Fitrah ~ Pertemuan di Tesco Ampang

Di-antara nikmat nikmat kehidupan ini adalah peluang untuk dapat bersama dengan anak anak kecil terutamanya yang comel comel bagaikan anak patung dan bermanja dengan mereka.


Tengahari semalam, saya bertembung secara tak sengaja dengan pelakon Cico Harahap putera kepada penyanyi legenda tanahair kita, Uji Rashid di Tesco Ampang, semasa saya pergi berbelanja barangan dapur.


Yang seronoknya, saya dapat peluang tumpang mendukung puteri sulong Cico bernama Nur Fitrah yang begitu cantik, comel dan mahu bermanja pula dengan Atok Mamu ni!


Atok Mamu meminta dukong puteri Cico dan ia mahu pula! Apa lagi Atok pun tanya, nak apa kerana Nur Fitrah asyik menunjuk nunjuk kepada penjual aiskrim... hehehehe.. naluri anak anak!


Tanpa berlengah lagi, Atok Mamu pun belikan lah ia aiskrim coklat dengan mendapatkan persetujuan lebih dahulu dari Cico Papa-nya.


Saksikanlah betapa seronoknya anak kecil comel putih melepak ini mendapat aiskrim!

Boleh nampak kegembiraan pada sinar wajahnya.


Bilamana Cico mengajak Nur Fitrah kembali kepada nya, Nur Fitrah tak mahu pergi.




Hahahahaha...habislah! Puteri Cico tak mahu balik pada Papa-nya!


Hehehehehe... gitulah budak budak!


Akhirnya selepas dipujuk Papa nya, barulah hendak ia kembali ke pangkuan ayahnya. Seronok orang tua ini bukan main melihat telatah putri comel ini.




Yang saya puji adalah sikap mesra Cico Harahap dengan saya, walaupun baru pertama kali berkenalan secara 'live' dengan beliau.


Orangnya cukup berbudi bahasa, baik dan tidak sombong. Alhamdulillah!


Bila saya bertanya Cico, projek filem apa yang sedang ia lakukan sekarang, Cico atau nama sebenarnya Eezaq Farouq Harahap memberitahu saya bahawa kini ia menjadi pengajar selam skuba.


Di perairan Pulau Tioman dan pulau pulau lain.Saya akan mendapatkan maklumat lebih lanjut akan usaha Cico ini dan memaparkan keterangan kelas selaman skubanya dilaman blog saya ini nanti. Insya Allah!


Marilah kita bersama sama mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan untuk Eezaq Farouq Harahap @ Cico Harahap sekeluarga.


Semoga Allah Subhanahu Wa Ta'ala memeliharanya dan memurahkan rezeki bagi putera Uji Rashid ini.


Begitu juga doa saya untuk keselamatan, kebahagiaan dan kejayaan puteri Cico Nur Fitrah!


Semoga ia membesar dengan selamat dan menjadi Muslimah yang beriman dan bertaqwa terhadap Allahu Ta'ala dan berjaya didalam kehidupannya serta menjadi anak yang so! lehah ba gi Cico suami isteri.


Amin Ya Rabbal Alamin.


Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??

Scandal: Alyssa The Scandal Queen

Jho Low's Girlfriend Paris Hilton drunk and flashing panties ...