Penang Dah Lama Hilang Status Diskaun Pemilikan Hartanah Bumiputra,Giliran Selangor Pula.


Tony Pua mencadangkan Kerajaan Negeri Selangor memansuhkan dasar pemberian diskaun kepada bumiputera bagi pemilikan hartanah di negeri itu dan yang menariknya seorang MB melayuKhalid Ibrahim bersetuju dengan cadangan tersebut.

Isu ini telah mendapat pelbagai bantahan daripada pemimpin Umno dan termasuklah PAS kerana menafikan hak bumiputra.

Tindakan Tony Pua mendapat liputan yang meluas daripada pihak media,pelbagai kecaman di hamburkan, bantahan turut disuarakan oleh ramai pemimpin baik dari Umno mahupun PAS.

Yang menariknya PAS yang membenci dan menjauhkan politik bangsa pun terpaksa juga membuka mulut,tidak dapat tidak mereka terpaksa juga berjuang untuk bangsa melayu .

Pulau Pinang Dah lama mansuh!

Orang Melayu tidak sedar diperbodohkan terang terangan oleh Guan Eng.Amat menyedihkan perkara ini sudah lama berlaku di Pulau Pinang,semua orang tidak menyedari tindakan licik Guan Eng menghapuskan keistimewaan bumiputra secara diam dan sulit.

Sebaik saja DAP memerintah Pulau Pinang,Guan Eng bertindak memansuhkan pemberian diskaun kepada pemilikan hartanah bumiputra dinegeri Pulau Pinang.

Perkara ini diarahkan secara sulit tanpa pengetahuan umum,walaupun ketika itu pemimpin melayu pakatan menyedari,mereka hanya mampu tunduk dan taat kepada Guan Eng yang semua orang tahu seorang diktator.

Tindakan Guan Eng langsung tidak dibantah,pemimpin Melayu pakatan pengkhianat ,bacul dan tidak ada jati diri hingga sanggup melacurkan maruah dan hak bumiputra di negeri Pulau Pinang.

Seharusnya tindakan ultra kiasu chauvanist Guan Eng harus dibantah,bukan di sokong,Pisau melihat para pemimpin melayu pakatan amat takut kepada Guan Eng. Mereka langsung tidak berani menyuarakan bantahan malah hanya tahu menurut perintah.

Bertambah malang lagi
pemimpin melayu yang lain tidak sedar perkara ! ini suda h lama berlaku di Pulau Pinang.

Adakah mereka mereka ini tidor hinggakan tak sedar dengan tindakan DAP Pulau Pinang menyekat dan menafikan hak keistimewaan bumiputra . Baik dari Umno mahu pun pakatan,kesemua pemimpin melayu langsung tidak bangkit menyuarakan bantahan.

Untuk membuat bantahan barangkali sudah terlambat,tetapi setidak tidaknya sesuatu harus dibuat agar semua orang bangkit mempertahankan hak yang diambil oleh mereka.

Guan Eng dibiarkan melakukan apa saja secara berleluasa tanpa ditegur dan dibantah,negeri ini seolah olah hak milik mutlak beliau,walhal beliau bukan anak negeri Pulau Pinang .

Terlalu banyak isu yang dibiarkan tanpa mempersoalkan tindakan Guan Eng,adakah kamu orang melayu Pulau Pinang begitu berpuas hatikah dengan segala pembohongan dan kelicikan ketua menteri paling celaka dalam sejarah negeri?


Melayu Pulau Pinang tak sudah menyalahkan satu sama lain,gagal sama sekali untuk bersatu dalam mempertahankan hak yang ada, yang menyokong Guan Eng biarlah berpada pada,perhatikan apa agenda disebalik tindakan beliau,tidak ada yang menguntungkan.Setiap tindakan beliau harus diperhalusi ,kerana pasti ada agenda tersembunyi.

PAS amat sayangkan Guan Eng,seolah olah beliaulah yang mampu memberi kesejahteraan kepada Islam,sebaliknya mereka ditunggang bagaikan haiwan suruhan dan dibohongi secara terang terangan .

Barangkali sudah menjadi sifat hakiki PAS yang cukup gemar ditunggang. Justeru buat mereka yang sedar dan tidak suka DAP menjadi tuan ,ayuh bangkit buat bantahan,bersatulah demi hak kita.




Pisau kata " melayu ramai tak sedaq diri"



See What Pakatan Rakyat Gotta Say?

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??

Jho Low's Girlfriend Paris Hilton drunk and flashing panties ...

Scandal: Alyssa The Scandal Queen