Mansuh Diskaun : Penglima PKR Terkucil, Ayam Sabung Pas Patah Taji




Oleh Adnil Mohd
KUALA LUMPUR 30 Julai Ketua Pembangkang yang juga PenasihatEkonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dicabar agar membuka mulut berhubung cadanganAhli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua yang menyarankan kerajaan Selangormemansuhkan dasar pemberian diskaun kepada bumiputera bagi pemilikan hartanah komersial dan rumah mewah di negeri itu.
Exco Pemuda UMNO, Mohd Suffian Awangberkata beliau sehingga hari ini masih terfikir kenapa penasihat ekonomiSelangor itu masih berdiam diri dan tidak memberi apa-apa respons berhubungcadangan bernas wakil rakyat Dap itu.Soal beliau apakah Anwar takutkenyataan beliau itu akan memerangkap dirinya sendiri atau beliau secaraperibadi merestui cadangan bernas berkenaan atau beliau terikut-ikut denganrentak dan ideologi perjuangan Dap.Inilah yang menimbulkan persoalan. Beliauperlu jelaskan segera. Saya percaya rakyat juga mesti tertanya-tanya kenapaKetua Pembangkang terbabit masih berdiam diri. Bukankah beliau telah dilantiksebagai penasihat ekonomi negeri dengan gaji RM1.00.Sepatutnya beliau perlu kedepandalam soal ini supaya rakyat tidak menuduhnya macam-macam dan bagi mengelakkan fitnah.Apa pun beliau perlu berpegang kepadaprinsip berani kerana benar dan takut kerana salah, katanya.Sementara itu, seorang lagi ExcoPemuda UMNO, Nasir Hussin Akhtar Hussein membidas sikap Ketua Pembangkang berkenaan yang dilihatcuba bermain politik selamat untuk kepentingan diri beliau.Bagi saya beliau seorang yang bacul.Kalau dia seorang yang berani, Anwarantara orang yang pertama terkedepan dalam soal ini. Baculnya Anwar kepada Dapamat memalukan dan terserlahlah bahawa Dap yang sebenarnya menjadi leaderkepada parti pembangkang.Mungkin Anwar terhutang budi kepada Dap yang sanggup menyerahkanjawatan Ketua Pembangkang kepada beliau sehingga memaksanya berdiam diri dalamsoal tersebut walaupun ianya melibatkan kepentingan bumiputera. Sesungguhnya amatma! lang, ke garangan dan kehebatan beliau seperti yang dibanga-banggakan olehpenyokong beliau nampaknya terkucil di dalam pelukan Dap, katanya.Sementara itu, Ketua Pemuda UMNONegeri Sembilan, Helmey Din pula menyifatkan Anwar sebagai pemimpin talam duamuka yang mempunyai agenda tersirat demi memuaskan ahwa nafsu politiknya yangterpendam.Tegas beliau, agenda dan politik diri yang tersemat sejaksekian lama telah melenyapkan kepetahannya dalam menyuarakan soal hak dankepentingan bumiputera di negara ini.Jika isu seumpama ini melibatkankompnen BN, saya percaya Anwarlah antara orang yang lantang ke depan memakihamun dan sebagainya. Saya tidak pelik dan tidak terkejut langsung siakpberdiam diri Anwar dalam soal ini.Cuma apa yang menghairankan saya, dimanakan pemimpin-pemimpin utama Pas. Difahamkan hanya Pas Selangor sahaja yangbantah cadangan berkenaan. Presiden, Timbalan Presiden dan kepimpinan Pas yanglain nampaknya menikus.Apakah mereka telah dijanjikansesuatu dan saya tidak mahu buat sebarang spekulasi. Cuma terkejut dengan sikaphipokrit ayam sabung Pas seperti Salahuddin Ayub, Mahfuz Omar dan sebagainya.Mungkin ayam sabung ini dah hilang taring atau tajinya telah dipatahkan olehLim Kit Siang dan karpal Singh, katanya.




See What Pakatan Rakyat Gotta Say?

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??

Jho Low's Girlfriend Paris Hilton drunk and flashing panties ...

Scandal: Alyssa The Scandal Queen