Isu 'Diskaun Bumiputera'



Dari Meja Ketua Pemuda UMNO

Kita sudah mendengar pelbagai reaksidan ulasan terhadap cadangan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, YB Tony Pua,kepada Kerajaan Negeri Selangor untuk memansuhkan diskaun Bumiputera dalampembelian rumah berharga RM500 ribu ke atas dan hartanah komersial berhargalebih RM2 juta di negeri tersebut.

Ramai pihak, termasuk PAS Selangor,membantah cadangan tersebut. YAB Perdana Menteri sendiri telahmengingatkan YB Tony Pua dan parti DAP supaya jangan "terlalu menekan orang Melayu dan Bumiputera"dengan cadangan-cadangan yang tidak sensitif dan separuh masak.

Cadangan terbaru dari DAP rata-ratadilihat sebagai satu lagi usaha untuk menolak tepi kepentingan masyarakatBumiputera. Saya percaya tanggapan itu juga telah mendorong PAS Selangoruntuk membantah cadangan tersebut dan menyebabkan Ketua Umum PKR, YB Dato' SeriAnwar Ibrahim, terus membisu dalam hal ini.

Di sini perlu saya tegaskan, saya sudahberkali-kali menyuarakan keperluan untuk orang Melayu berani keluar darikepompong zon selesa dan tidak hanya berharap pada tongkat. Saya mahumelihat masyarakat Bumiputera bersaing secara terbuka berdasarkan merit dankekuatan sendiri. Hujah-hujah saya dari awal konsisten, yakni Kerajaanperlu membantu golongan Bumiputera yang benar-benar layak menerima bantuan samaada dari segi keperluan atau merit.

Mungkin di sini ada yang tertanya,kalau begitu prinsip dan pegangan saya, kenapa pula saya tidak menyokongsaranan Pua? Apa yang dicadangkan oleh Pua itu cuma pemansuhan diskaununtuk rumah-rumah yang boleh dikatakan rumah kos tinggi dan juga premiskomersial yang agak mahal. Bukankah sudah tentunya mereka yang mampu membelihartanah seperti ini merupakan individu dan syarikat yang sudah berjaya, maka merekatidak lagi memerlukan diskaun tersebut?

Sekiranya dilihat dari kanta teoriekonomi semata-mata, mungkin ada yang akan bersetuju dengan rasional cadanganPua. Kenapa perlu kita kekalkan diskaun kepada mereka yang mampu membayarjuml! ah yang besar untuk rumah kos tinggi? Tetapi hakikatnya, sekiranyakita melihat kepada pegangan hartanah Bumiputera di setiap peringkat, angkanyajauh ketinggalan berbanding kaum lain.

Statistik pada tahun 2007 menunjukkanperatus pemilikan bangunan oleh Bumiputera cuma 15.7 peratus. Bagi hartanahkomersial pula, Bumiputera hanya memiliki sekitar 29.2 peratus untuk kompleksperniagaan dan serendah 3.5 peratus untuk premis perindustrian. Statistik ini menggambarkansuatu ketidakseimbangan yang terlalu ketara.

Sekiranya kita mengambil kirapremis-premis komersial di kawasan bandar dengan harga RM 2 juta ke atas, sayapercaya peratus pegangan Bumiputera begitu rendah. Antara faktor penentu kossesuatu premis adalah lokasi, dan bukan semata-mata saiz atau keluasan.Sekiranya cadangan Pua dilaksanakan, maka amat sukar bagi usahawan-usahawan Bumiputerauntuk berniaga di lokasi yang strategik lantas hanya terhad kepada pinggiranbandar semata-mata.

Satu lagi hujah Pua adalah hartanahyang dibeli dengan harga diskaun ini dijual semula oleh broker atau orangtengah dengan harga yang lebih mahal. Beliau menegaskan bahawa salah guna dasarseperti penjualan semula oleh broker menjadi salah satu sebab skim diskaun ini perludimansuhkan.

Saya tidak langsung boleh menerima alasanini kerana jika pelaksanaan menjadi masalah, maka wajarlah kita menangani kelemahantersebut dan bukannya memansuhkan terus dasar diskaun Bumiputera ini.

Antara langkah yang boleh diambil untukmengatasi masalah pelaksanaan adalah memastikan bahawa status dan klasifikasilot Bumiputera tidak diubah bagi mengelak sebarang pihak yang membeli hartanahtersebut dengan harga diskaun dan menjualnya dengan keuntungan harga pasaran secaraterbuka. Perlu diingat bahawa diskaun tersebut berkait rapat dengan galakanpemilikan dan bukan suatu tiket kepada keuntungan. Satu lagi masalah berkaitadalah di mana pemilik Bumiputera menjual kepada seorang pembeli Bumiputeralain dengan harga pasaran yang lebih tinggi.

Isu ini boleh ditangani denganmewajibkan satu tempoh khusus ata! u morato rium sebelum seseorang pemilik yangmembeli rumah dengan harga diskaun Bumiputera dibenarkan menjual semula rumahtersebut, walaupun kepada Bumiputera lain. Ini akan mampu mengelakkan masalahdi mana dasar diskaun ini disalahgunakan untuk keuntungan cepat, dan bukannyadigunakan oleh mereka yang benar-benar berniat tinggal di sesuatu kediaman.

Ada juga dakwaan yang kita dengarmengenai pemaju perumahan yang tidak bertanggungjawab sengaja menipu denganmengisytiharkan kuota untuk Bumiputera tidak boleh dijual dan seterusnyamemohon kepada pihak berkuasa agar hartanah tersebut dijual kepada bukanBumiputera atas harga tanpa diskaun. Semua ini merupakan isu-isu berkait dengandasar tersebut yang tidak disentuh dan dikaji oleh Pua sewaktu memberi hujah-hujahcetek dan separuh masak beliau.

Maka saya menolak cadangan DAPberhubung pemansuhan diskaun atassebab-sebab di atas. Jika pemansuhan tersebutdilaksanakan, maka segala usaha dan galakan memperbetul ketidakseimbangan dalampemilikan hartanah di Selangor pastinya akan gagal lantas terus melebarkan jurangekonomi antara kaum.

Saya percaya pendirian saya ini akanmengundang kritikan khususnya akan ada komen kononnya cadangan DAP ini tidakakan memberi kesan kepada Bumiputera berpendapatan rendah.

Namun, saya berpandangan bahawa komensebegini kurang tepat dan simplistik sepertimana hujah YB Tony Pua. Usahawan Bumiputera yang cubamembeli premis komersial berharga RM2 juta tidak boleh diklasifikasikan sebagai'kaya', sepertimana juga mereka yang mahu membeli rumah berharga RM600,000.

Barangkali dasar diskaun Bumiputera iniboleh disemak untuk kategori yang lebih tinggi, contohnya di atas nilai RM2juta bagi pembelian rumah banglo. Malah YAB Perdana Menteri sendiri menyebutbahawa dasar ini tidak boleh diteruskan selama-lamanya. Dalam erti kata lain,dasar ini boleh diubah dan dikemaskini dalam jangka masa panjang, tetapi bukansebelum pemilikan hartanah diseimbangkan lagi.

Saya juga amat kesal dengan saranan Puakerana beliau langsung tidak mencadangkan sebaran! g dasar lain untuk memperbetulketidakseimbangan ini, jikapun tidak bersetuju dengan diskaun 7 peratustersebut.

Ini jelas mendedahkan bahawa DAP tidakikhlas malah tiada niat untuk membantu agenda Melayu, walaupun mereka tidak henti-henticuba menjaja persepsi kononnya DAP adalah parti untuk seluruh rakyat Malaysia, tanpamengira kaum.

Saya berharap kelak, sebelum merekamengeluarkan sebarang cadangan seperti ini, mereka akan dapat memberialternatif bagaimana masalah asas iaitu ketidakseimbangan dalam pemilikanhartanah dapat ditangani. Sekiranya tidak, maka ternyatalah DAP gagal membawaaspirasi seluruh majoriti Malaysia.

Khairy Jamaluddin


Letter & Opinion From Joe Public

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??

Jho Low's Girlfriend Paris Hilton drunk and flashing panties ...

Scandal: Alyssa The Scandal Queen