Edisi Terkujut : PAS Tiba Tiba Jadi Melayu!

Berikutan cadangan dari Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara iaitu Tony Pua yang amat rasis untuk menghapuskan diskaun kepada Bumiputera dalam pemilikan tanah di Selangor, PAS Selangor telah menyuarakan rasa tidak puas hati mereka dengan cadangan tersebut.




Melalui Ketua Penerangan mereka Roslan Shahir, PAS Selangor menyifatkan kenyataan Tony Pua amat gelojoh dan tak sepatutnya dibuat. Tony Pua sepatutnya tidak membuat kenyataan yang mampu menjejaskan kepentingan Bumiputera dan juga mana-mana kaum sekalipun didalam negeri Selangor.

Namun, teguran PAS ini dilihat tidak ikhlas dan hanya sekadar melepaskan batuk ditangga sahaja. Jika PAS benar-benar serius mengambil berat tentang hak Bumiputera, mengapa pemimpin-pemimpin tertinggi PAS yang lain khususnya di Selangor langsung tak bersuara?

Agaknya mereka tak berani dan gentar untuk berhadapan dengan Ronnie Liu dan juga kepala-kepala kongsi DAP lainnya di Selangor. Sebab itulah Roslan Shahir yang baru setahun jagung ini dihantar bagi mengaburi mata masyarakat melayu Selangor didalam hal diskaun pemilikan tanah Bumiputera ini.

Lagipun, layakkah PAS yang hanya menjadi parti paling kecil dalam Pakatan Rakyat untuk menegur DAP yang sememangnya menjadi "taiko" didalam gerombolan gabungan tersebut? Anwar Ibrahim sendiri pun menikus didepan DAP, apatah lagi nak diharapkan dengan PAS.

Suara PAS yang menentang cadangan Tony Pua ini pasti dianggap hanya seperti "dengungan lalat taik" yang mengganggu di tepi telinga sahaja bagi pemimpin-pemimpin DAP. Selain dari menyuarakan rasa tak puas hati, apa lagi yang PAS mampu lakukan bagi menjaga maruah dan hak Bumiputera dalam Pakatan? Jawapannya kosong !!

DAP dan Tony Pua pasti tahu bahawa PAS tak layak mencampuri urusan berkaitan Melayu dan Bumiputera kerana PAS telah lama mengisytiharkan bahawa mereka hanya parti Islam, bukannya parti melayu.

Malah Nik Aziz juga mengatakan sesiapa yang melebihkan dan berjuang tentang hak melayu dan Bumiputera adalah Assobiyyah !

Inilah sebab utama pemimpin-pemimpin tertinggi PAS membisu dan pura-pura tak nampak dengan semua isu penindasan terhadap bangsa melayu di Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan juga Kelantan.

Semua pemimpin-pemimpin melayu didalam PAS takut di cop Assobiyyah apabila mereka bersuara tentang kemelut yang dihadapi oleh bangsa melayu sekarang.

Dan begitulah seterusnya pendirian mereka selagi mereka kekal bersekongkol bersama parti yang terkenal rasis dan bermuka-muka seperti DAP !

PAS mungkin hanya mampu "menyalak", tetapi sekali DAP sergah..., yang tinggal pada PAS cuma hanya kantung telor yang terbuai-buai dipukul angin sahaja.

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??

Jho Low's Girlfriend Paris Hilton drunk and flashing panties ...

Scandal: Alyssa The Scandal Queen