VIDEO HOT : PAGI-PAGI LAGI SUDAH BIKIN PANAS...
Apa yang EP lihat di penghujung kempen PRU ke-13 yang akan berlangsung dalam tempoh terdekat ni, rakyat telah diberi petunjuk apa yang akan berlaku sekiranya mereka memilih pakatan haram untuk mentadbir Malaysia..
Pakatan Haram lebih banyak mempamerkan scene bersetuju untuk tidak bersetuju sesama mereka berbanding watak kesefahaman seperti yang telah diarahkan oleh pengarah mereka..
PKR dan DAP masih bertelagah dalam soal pembahagian kerusi yang akan ditandingi di Johor, Sabah dan juga Sarawak. PAS pula terpaksa tunduk dengan kemahuan DAP setelah diasak oleh Karpal dan Guan Eng supaya bersikap lebih "liberal" dan mengetepikan "pantang larang" agama Islam..
PKR pula mula menunjukkan sikap meluatnya terhadap PAS kerana sering berbalik kepada pemikiran agama "konservatif" dalam isu hudud, serta penggunaan nama Allah dalam bible. Paling memalukan PAS apabila, PKR yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim seolah-olah tidak mengendahkan maruah Majlis Syura PAS...
Dan yang terbaru, PAS mahu Ku Li sebagai PM kerana Anwar dikatakan mempunyai masalah moral yang tidak dapat diselamatkan tetapi DAP tetap bertegas mahukan Anwar sebagai PM..Sama-sama kita nantikan keputusannya...
Cuba bayangkan apa akan jadi pada negara dan rakyat jika puak-puak ni memerintah??? Saksikan video dibawah untuk mendapat gambaran yang lebih jelas....
More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治
Comments