PAS Ucap Selamat Tinggal Kepada Perlaksanaan Hudud

February 26, 2013   ·   0 Comments

PRU13 - Manifesto PR Tanpa Hudud, Dari PAS Untuk PKR Kerana DAP Demi Undi

Umum sudah maklum manifesto PR sempena PRU 13 sepatah perkataan pun tidak menyebut perihal perlaksanaan hukum hudud, membuktikan PR tidak berhajat pun untuk membantu merealisasikan gebang politik yang dicanangkan oleh PAS.

Atau boleh juga dikatakan bahawa PAS sudah tidak berminat membicarakan perlaksanaannya kerana sudah memahami senario semasa dan populasi penduduk negara ini belum mengizinkan ke arah perlaksanaannya.

Tapi penulis lebih percaya, ketidaksediaan PAS mendesak rakan sekutunya dalam PR seperti PKR dan DAP memasukkan janji perlaksanaan hudud adalah disebabkan polisi PAS sendiri yang sedari awal lagi hanya berminat memanipulasikan undang-undang Islam itu demi meraih kepentingan politik kepartian.

Ini dibuktikan dengan kenyataan pada 14 Disember 2011 oleh seorang pemimpin PAS Kelantan yang juga adalah ADUN PAS Pasir Tumbuh merangkap Timbalan Ketua Penerangan PAS Kelantan, Ahmad Baihaki Atiqullah yang pernah menegaskan bahawa;-

"Keuntungan bagi PAS mungkin di negeri yang ramai orang Melayu tapi di negeri luar seperti Selangor boleh jadi tidak untung. Apabila isu hudud di manipulasi, mungkin ada 'backfire' daripada pengundi bukan Islam," demikian katanya ketika ditemu bual oleh Malaysiakini di Kota Bharu hujung pada hujung tahun 2011.

Walau dibaca berulang kali kenyataan pemimpin PAS itu, ia tetap membuktikan satu perkara, yakni isu perlaksanaan hudud yang sering menjadi zikir politik PAS sejak hampir 3 dekad lalu nawaitu utamanya hanyalah untuk manfaat kepartian PAS sahaja.

Kenyataan Timbalan Ketua Penerangan PAS Kelantan itu juga banyak kebenarannya kerana terbukti betul hudud hanya mainan politik PAS, ia terbukti di Kedah sekalipun PAS menguasai negeri itu tapi satu draf hudud pun langsung tak di bawa ke DUN untuk dibincangkan, hatta di Perak sebelum kejatuhan Kerajaan DAP-PAS juga isu hudud menjadi taboo bagi pimpinan PAS.

Sementara di Selangor yang mana PAS turut menganggotai Kerajaan Negeri juga tak kedengaran kesungguhan PAS untuk membicarakan isu hudud apatah lagi untuk mengusulkan draf mengenainya di DUN Selangor.

Tapi disebalik semua itu, di Kelantan dan Terengganu isu hudud masih terus dimainkan oleh PAS dan seringkali menjadi bualan hangat penyokong mereka baik di kedai-kedai kopi mahupun ketika mereka melakukan ziarah kempen politik dari rumah ke rumah.

Tidak pernah lekang dari kutukan dan makian penyokong dan pemimpin PAS terhadap Kerajaan Pusat yang ditunjangi UMNO dan BN, kononnya kerana menolak perlaksanaan hudud dan enggan memartabatkan undang-undang Islam.

Tidak cukup dengan propaganda sedemikian, ditohmah pula yang UMNO lebih mendaulatkan Perlembagaan buatan manusia ataupun kerap digelar oleh penyokong PAS sebagai perlembagaan Lord Reid, perlembagaan penjajah dan jahiliah.

Untuk menampakkan perbezaan PAS supaya lebih kelihatan Islamik berbanding UMNO maka pemimpin dan penyokong PAS tanpa segan silu mendabik dada yang Al-Quran & Hadis serta undang-undang Islam akan berada di kedudukan tertinggi berbanding Perlembagaan Negara sedia ada sekiranya PAS dan PR memerintah Malaysia.

Sama ada mereka sedari atau sengaja buat pekak dan bisu, semasa PR melancarkan Buku Jingga yang menjadi Dasar Bersama PR dan ditandatangani sama oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang secara jelas memberi jaminan kepada rakyat Malaysia bahawa PR berikrar akan mempertahankan Perlembagaan Negara dan segala isi peruntukan yang terkandung di dalamnya.

Bagi rakyat Malaysia yang waras dan segelintir penyokong PAS yang masih berakal tentu faham ikrar dalam Buku Jingga itu seperti boomerang yang tepat ke dahi pemimpin dan penyokong PAS. Bak kata orang tua-tua, ibarat menjilat ludah sendiri.

Kandungan Manifesto Rakyat, Pakatan Harapan Rakyat yang dilancarkan oleh PR dan dipersetujui bersama oleh DAP, PKR dan PAS semalam yang langsung tidak menyentuh isu hudud, barangkali sesuai kalau dikatakan manifesto itu ibarat nota selamat tinggal oleh PAS kepada isu perlaksanaan hudud.

Malah tidak keterlaluan jika penulis katakan Manifesto PR itu juga simbolik pengakhiran propaganda PAS untuk mengangkat kedudukan Al-Quran & Hadis ke tempat tertinggi mengatasi Perlembagaan Negara sekarang yang dikatakan sekular dan jahiliah.

Ia satu kejayaan manis kepada Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim kerana buat pertama kalinya Anwar menepati janji. Kenapa penulis berkata demikian? Ada sebabnya.

Pada 9 November 2011 sewaktu Anwar berdialog dengan kira-kira 200 orang pemimpin masyarakat Cina dari 65 NGO di Subang Jaya, Selangor, Ketua Umum PKR itu telah secara terbuka menegaskan janjinya bahawa isu perlaksanaan hudud tiada tempat dalam dasar PR

Anwar mengulangi bahawa Pakatan berfungsi atas dasar bahawa sebarang keputusan mesti mendapat konsensus kesemua ketiga-tiga parti komponennya dan mengikut perlembagaan persekutuan, atau jika tidak, ia tidak akan dilaksanakan.

Katanya, apabila orang bertanya tentang pendiriannya mengenai undang-undang hudud, beliau memberitahu mereka bahawa pendirian PKR dan Pakatan Rakyat adalah untuk menyokong perlembagaan. Anwar Ibrahim, Meloyakini, 9 November 2011

Lebih setahun berselang, terbukti Anwar menepati janjinya. Semalam Manifesto PR dilancarkan setelah dipersetujui dan ditandatangani bersama oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang serta pemimpin PKR dan DAP. Tiada bantahan dari PAS sekalipun janji hudud tak termaktub dalam agenda PR.

Penulis cuba membayangkan entah apa reaksi rakan-rakan dari PAS jika mereka menyedari selama bertahun-tahun lalu mereka sudah tertipu dengan propaganda bombastik berhubung isu hudud. Mungkin akan ada yang hentak kepala pada dinding atau ada tepuk dahi berkali-kali tanda kesal di kencing hidup-hidup oleh PAS.

Tapi betulkah penyokong PAS akan menyedari dan benar-benar menginsafinya? Jangan bermimpi, sebahagian besar ahli dan penyokong PAS sudah diasuh untuk wala' buta tuli pada pucuk pimpinan parti, usahlah pelik kalau dalam jangka waktu terdekat ini UMNO & BN juga yang jadi sasaran tohmahan mereka.

By


Read More @ Source



More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??

Scandal: Alyssa The Scandal Queen

Thank you, 2012