PRU 13 - Dr Asri, Juanda Dan Mazli Tempah Tiket PR
Di sebalik demam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang semakin dirasai, tiga tokoh agama termasuk Mufti Perlis Dr Juanda Jaya disebut-sebut antara individu yang bakal diturunkan dalam gelanggang pilihan raya kali ini yang dilabel sebagai 'pilihan raya paling sengit' pernah berlaku dalam sejarah negara.
Selain Juanda, dua tokoh lain yang berada dalam senarai calon PRU13 ialah bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Pensyarah Kuliyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Dr Mazli Malek.
Ketiga-tiga mereka dikatakan akan bertanding mewakili Pakatan Rakyat namun belum disahkan untuk bertanding atas tiket PKR atau PAS.
Bagaimanapun tokoh-tokoh ini tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen mengenai perkara itu.
Menurut sumber Antarapos, ketiga-tiga masih belum membuat keputusan untuk mewakili parti mana dan perkara itu akan diketehui apabila sampai masanya.
"Wakili parti mana belum pasti, kalau nak tahu kena tanya tuan punya badan.
"Belum tahu mereka akan tanding atas tikat parti mana, sama ada PAS atau PKR. Cuma yang pasti wakili Pakatan Rakyat," kata sumber itu kepada Antarapos.
Asri dan Juanda sudah didampingi semula beberapa parti, dari Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat untuk bertanding kali ini kerana dilihat sebagai calon 'boleh menang' kerana memiliki karisma sebagai personaliti yang berlatarbelakangkan agama.
Antarapos difahamkan pertemuan dengan parti politik akan diadakan dalam tempoh terdekat dipercayai membincangkan tentang pendirian dan kerusi yang akan ditandingi mereka.
Juanda, 41, adalah lulusan U! niversiti Al-Azhar dan mempunyai Ijazah Sarjana Syariah dengan pengkhususan Penggubalan Undang-Undang Keluarga Islam Malaysia daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Asri pula kini berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Sains Malaysia, sudah pun menjadi sebutan sejak lebih setahun lalu dan beliau telah beberapa kali menafikan akan menyertai parti politik.
Asri disebut-sebut akan bertanding di Pulau Pinang manakala Juanda anak kelahiran Sarawak, dipercayai akan diletakkan di Perlis.
Juanda yang sering kali muncul di stesen TV tempatan sejak akhir-akhir ini dilihat mempunyai pemikiran dan pandangan yang lebih cenderung kepada Pakatan Rakyat.
PRU13 disebut-sebut akan diadakan akhir Mac atau awal April ini.
Mandat kerajaan pusat akan berakhir penghujung April. Jika Parlimen terbubar secara automatik, PRU13 perlu diadakan sebelum akhir Jun.
Nota: Elok lah tu... Boleh ganti tempat Nik Aziz yang semakin hari semakin nyanyuk... Hadi pun dah tak boleh pakai.... Read More @ Source
More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治
Comments