Haron Din Didesak Bersumpah Tidak Tolak Anwar Sebagai PM
Laman portal Suara Pakatan Rakyat yang mewakili suara Pakatan Pembangkang mendesak Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din bersumpah untuk membuktikan dirinya tidak pernah menolak Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri ke-7.
"Ini berdasarkan dokumen sulit yang diperolehi suarapakatanrakyat.com yang menunjukkan ketika keputusan itu dibuat, Nik Aziz tidak hadir di dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Timbalannya, Datuk Harun Din.
"Antara lain, dokumen tersebut turut mendedahkan arahan dari Presiden PAS, Datuk Seri Abd Hadi Awang kepada media rasmi parti tersebut Harakah yang melarang soal perlantikan Anwar sebagai Perdana Menteri dibincangkan di dalam akhbar dwi-mingguan itu.
"Suarapakatanrakyat.com dengan ini mendesak Harun Din supaya 'keluar dari pertapaannya' dan bersumpah tidak akan menolak pencalonan Anwar sebagai Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat menang dalam pilihanraya akan datang," desak laman itu.
Baru-baru ini, Majlis Syura Ulama Pas dilaporkan menolak pencalonan Anwar Ibrahim sebagai PM, namun dinafikan oleh Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat.
"Sumpah ini walaupun tidak mempunyai kepentingan undang-undang, tapi boleh memberi kesan sedikit sebanyak kepada penyokong PAS, terutama yang terlibat mengadakan demonstrasi membantah DAP dan PKR berikutan keputusan Pakatan Rakyat membenarkan kalimah Allah digunakan di dalam Bible berbahasa Melayu.
"Dengan sumpah ini juga, mampu menangkis tohmah dan fitnah yang dilemparkan penyokong UMNO/! BN bahawa PAS menolak kepimpinan Anwar, dalam Pakatan Rakyat termasuk menyokong perlantikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia.
"Perkara ini (sumpah) perlu dilakukan dengan segera bagi mengelakkan jurang perpecahan yang lebih melebar di kalangan penyokong Pakatan Rakyat, terutama antara penyokong PAS dan PKR, termasuk penyokong PAS dan penyokong PAS sendiri," desaknya lagi.
Laman itu turut mendakwa majoriti pimpinan Pas tidak menolak pencalonan Anwar sebagai PM, cuma ia datang dari segelintir pemimpin Majlis Syura Pas, di mana Haron Din salah seorang daripadanya.
Sumber Asal AIDC Read More @ Source
More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治
Comments