Ganas!!! Bekas Ahli PAS Diancam Bunuh Kerana Keluar Parti

February 27, 2013   ·   4 Comments

Ancaman Bunuh Kerana Keluar PAS

Ada kalangan kita tentunya terkejut dan terkerut-kerut muka sambil menggaru kepala yang tidak gatal bila membaca berita yang di siarkan olehhttp://kedahan69ers.com/wp-content/uploads/2012/05/bershit-ganas.jpg Sinar Harian Online petang tadi dengan tajuk "4 ditahan ugut bunuh ahli keluar parti".

Pun begitu, sebetulnya ramai yang sudah dapat meneka keempat-empat individu haprak dan ganas itu adalah penyokong PAS, lebih-lebih lagi bila lokasi kejadian berlaku di Marang, Terengganu yang sejak 3 dekad lalu adalah sarang PAS.

Agak tidak patut bila seseorang individu mengambil tindakan keluar dari PAS bersama beberapa puluh pengikut-pengikut yang lain, alih-alih ancaman bunuh pula yang diterimanya. Tapi nak pelik dan terkejut apanya, tingkah laku kasar, biadap dan ganas sudah lama sebati dengan sebahagian penyokong PAS dan PR.

Hatta kereta polis pun puak-puak ganas ini berani baling dengan kon dan melompat gaya titanic di atas https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgHz2BPehVlS17ZKTpLCWckAWIFatdqJEvdYDLGieYpkDKRY8gkrNwsn-85XQ9JV8_-_DElr3uEALse7DUYCjUOo4QfwOOoB2cahKxQU4qZCRONnb03V8D1Ve-bZTNIN9KKge1mR9ljPcA/s320/%253D%253Futf-8%253FB%253FQUtTSStsaWFyLmpwZw%253D%253D%253F%253D-748491 bumbungnya semasa demonstrasi jalanan Bersih 3.0, apa sangatlah setakat ancaman untuk bunuh rakan sekampung sendiri.

Pengganas komunis yang menyerang Bukit Kepong pun ada pemimpin PAS sanggup sokong angkat jadi idola pejuang kemerdekaan, apa sangatlah kalau ada si pengikut terikut-ikut gaya komunis dengan cuba mengugut dan mengancam nak bunuh orang lain, tak gitu?

Ganas memang ganas. Nama saja Parti Islam SeMalaysia, tapi roh keindahan Islam dan kelembutan dakwah Islamiyah langsung tak kelihatan dikalangan penyokongnya, tampak jelas kewujudan PAS atas muka bumi ini langsung tak membawa keberkatan.

Mana nak adanya keberkatan, kalau dah tujuan nama Islam yang digunakan pada PAS nawaitu utamanya hanya untuk kepentingan politik dan keuntungan duniawi pemimpinnya.

4 ditahan ugut bunuh ahli keluar parti

MARANG – Empat lelaki ditahan kerana bertindak mencekik leher dan mengugut bunuh seorang penyokong sebuah parti politik yang keluar parti itu untuk menyertai parti lain di Kampung Jerung Seberang, Wakaf Tapai di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7 petang, mangsa yang berusia 53 tahun bersama isteri 50-an dan anak berada di rumah sebelum didatangi empat suspek yang tinggal di kampung sama lantas mengugut untuk membunuh dan membakar rumahnya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP K.Manoharan berkata kejadian itu berlaku apabila suspek dikatakan tidak berpuas hati dengan mangsa yang mewakili 81 lagi penduduk menaikkan kain rentang berbunyi 'Kami Penduduk Kampung Bukit Cempedak Sokong Parti Lain'…  Sinar Harian Online, 26 Februari 2013

Penulis percaya sebetulnya insiden keluar dari PAS itu berlaku 2 minggu lepas dan bukannya 2 bulan lepas seperti mana yang dilaporkan https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhFTGsED7Ypt8bOgrWbcRHeFC-IK-wCkkXMdjpg3lV7BV9dQ-wUXlK_wEyOENko0vw6dXU1n9TJ70Z_xNCoOT5PB8n8DPKFNkmPXN5l8U9wDZV-epFLODgSOPd-BIXKEWebMyBlx66rJ4Y/s1600/10.jpgoleh Sinar Harian. Mungkin berlaku kekeliruan sama ada di pihak polis atau pun pemberita.

Transformasi PM pikat 80 penyokong PAS Marang

Tertarik dengan program transformasi dan program membantu rakyat yang digarap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, sekumpulan penyokong tegar PAS dari Kampung Jerong Seberang dan Kampung Bukit Cempedak di Marang tekad menyertai Umno.

Ramli Abdullah, 53, mewakili 80 bekas penyokong PAS itu, berkata mereka menyertai Umno kerana tertarik dengan program transformasi yang dirancang kerajaan bagi membantu rakyat terutama golongan miskin serta penduduk kampung.

Katanya program transformasi yang diwujudkan kerajaan benar-benar bertujuan  membantu semua golongan terutama rakyat berpendapatan rendah selain memberi tumpuan kepada kemajuan negara… Utusan Malaysia Online, 5 Februari 2013

Jika PAS wujud demi mencari keredhaan Allah s.w.t, takkan wujud gejala ganas ancam dan ugut sana sini dikalangan penyokong dan ahlinya. https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgLiu6pOCNE0j-HkuEjNDhPoyymsSKPWNzC_op4LbZw3N-KJcCJmhN7i3zzITtntKB2JlDljaHiDP85ekJYHX8UPrT4E6eFrEHNolI6KKSvREssbQbUk0h4Cq_NzeakBVGVqu1fz5YTA1c/s400/pas+ganas.jpgTapi, disebabkan kewujudan PAS itu sendiri terbentuk akibat kekecewaan dan dendam, jadi tak pelik perkara sebegini berlaku.

Penyokong dan ahlinya sudah ditarbiah dengan kebencian dan emosi amarah yang meluak-luak, imej Islamik dan janji bombastik mengenai agama suci ini pula sekadar sandaran untuk menyemarakkan semangat ahli dan penyokong sahaja.

Soal persaudaraan sesama Islam pula dianggap remeh temeh sebaliknya si kafir harbi yang menjadi tuan PAS pula dipuja dan dipuji. Itu yang dakwah Islamiyah gagal diterjemahkan dalam bentuk tingkah laku sopan dan beradat dikalangan https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg59qTRliQivTx9OMt5qCI6aSzSRcHGQPpSJ7Hx20veA0rv_EFK2IWTPB1XjyULkrGyStgtrsqxnbdCrg4XBF6WvI5wQA_AsI9hWzw2Hnrnz1phDtrVwpKXTUWwOg_uRu6xA4_ceCRW4Sw/s320/%253D%253Futf-8%253FB%253FVW5uYW1lZC5qcGc%253D%253F%253D-761190penyokongnya.

Molek benarlah tu, penyokong terkenal dengan perangai panas baran, biadap, tak patriotik dan emosi tak stabil, sementara ramai pemimpin PAS pula rata-ratanya jenis mulut berus dan gemar menghasut serta menyebarkan propaganda sana sini untuk kaut undi.

Minta jauhlah negara ini daripada diperintah oleh PR dan balacinya PAS. Dah lebih 5 dekad negara ini aman tenteram, kot kalau tanahair ini jatuh ke tangan orang yang tak stabil emosinya setaraf macam orang gila maka jahanam dan sia-sialah segala usaha pengorbanan selama ini.

* Nota: Foto di sebelah kanan artikel ini adalah koleksi kebiadapan, keganasan dan lain-lain tingkah laku luar tabie yang pernah dilakukan oleh penyokong PAS dan PR. Jauhi diri anda dan keluarga dari mencontohi kelakuan sedemikian.

By


Read More @ Source



More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??

Scandal: Alyssa The Scandal Queen

Thank you, 2012