Apabila Ulama Adalah Musang Berjanggut
MAZA DAN MUSANG BERJANGGUT
Baru-baru ini, negara digemparkan dengan panggilan dan cercaan seorang pemimpin besar dan tokoh ulama' Parti Islam Semalaysia yang menyamakan penerima BR1M seperti haiwan ternakan. Nyatalah sekali, kejutan tersebut disambut pula oleh seorang 'ulamak' muda yang kontroversial, Prof. Madya Dato' Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, apabila beliau beberapa hari lepas menyamakan kerajaan sebagai pelacur. Maka, penuhlah facebook dan twitter menjadi mata rantai mencerca dan mengaibkan pemimpin negara dengan menggunakan artikel tersebut, dan berseronoklah 'ulamak' muda tersebut apabila kata-katanya dijadikan buah peluru untuk menghina pemimpin negara.
Menegur Pemerintah
Acapkali, dalam ceramah-ceramah dan kuliah-kuliah beliau, beliau menasihatkan pendengar dan pengikut beliau supaya berlaku adil dan rasional. Begitulah dalam sejarah manusia, seringkali yang menasihatkan sedemikian adalah mereka yang bertindak 180 darjah bertentangan dengan apa yang didakyah oleh mereka. Contohnya, seperti pihak komunis, seringkali menamakan diri merekalah yang paling demokratik atau kepunyaan rakyat tetapi di bawah merekalah yang paling miskin demokrasinya dan paling menderita rakyatnya.
Malang sekali, dalam tulisan terbaru beliau, pemimpin kerajaan dituduh sebagai membolot wang rakyat terlebih dahulu sebelum membahagikan kepada rakyat jelata. Digambarkan juga seolah-olah isteri dan kawan-kawan pemimpin negara sedang memfaraidkan harta negara dan menyamakan pemberian-pemberian dari kerajaan itu seperti hubungan seks sebagai penambah perisa penulisannya.
Bukankah tuduhan-tuduhan seperti itu adalah satu tuduhan yang berat? Sudah tent! u 'ulamak' muda itu tahu bahawa di dalam Al Quran, Allah Taala telah berfirman:
"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada prasangka kerana sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain.." (Surah Al Hujurat, ayat 12).
Adakah patut tuduhan yang tidak mempunyai bukti yang jelas itu, kita sebarkan dan kita sambungkan kepada khalayak semata-mata untuk menjadi "hero" kepada pendengar dan juga peminat kita? Adakah begitu murah ilmu dan kedudukan kita untuk digadaikan semata-mata untuk mendapat sedikit pujian di atas dunia ini?
Penulis juga tertanya-tanya, apakah dosa pemimpin kerajaan tersebut kepada 'ulamak' muda itu? Apakah pula dosa dan salah isteri pemimpin negara tersebut terhadap Dato' Dr. Mohd Asri Zainul Abidin itu? Apakah penganiayaan yang pemimpin negara sekeluarga pernah lakukan terhadap beliau ataupun mana-mana ahli keluarga dan sahabat handai 'ulamak' tersebut? Jika ada, alangkah baiknya jikalau beliau pergi bertemu dengan mereka sesuai dengan hadith yang beliau sering ungkapkan semasa beliau menjadi Mufti Kerajaan Negeri Perlis:
"Sesiapa yang ingin menasihati orang yang memiliki kuasa, janganlah dia menampakkannya secara terang-terangan. Sebaliknya hendaklah dia mengambil tangannya (orang yang memiliki kuasa) dan bersendirian dengannya (menasihatinya dengan tidak didedahkan aib secara terbuka). Jika dia terima maka dia berjaya, jika tidak dia (orang yang menasihati) telah menunaikan kewajipannya". (Riwayat Ibn Abi 'Asim dalam al-Sunnah 507. Sanadnya sahih seperti yang dinyatakan oleh al-Albani ketika mentahqiq al-Sunnah ini (hlm 507).
Pukul Anak Sindir Menantu
Penulis sebenarnya agak hairan kerana tuduhan-tuduhan dan keperihatinan Dr. Mohd Asri Zainul Abidin terhadap pemberian ikhlas pemimpin kepada rakyat adalah bermusim. Maklumat yang penulis perolehi daripada sahabat-sahabat di Perlis, mengatakan bahawa Dato' Seri Dr. Shahidan Kassim sewaktu menjadi M! enteri Be! sar Perlis adalah sangat pemurah kepada rakyat terutamanya sewaktu bulan Ramadhan. Rakyat miskin di Perlis sudah merasai BR1M sebelum adanya program seumpama ini oleh kerajaan Pusat. Pada waktu yang sama, Dr Mohd Asri sudah menjawat jawatan Mufti Kerajaan Negeri Perlis.
Setiap malam semasa bulan Ramadhan di Perlis, DS Shahidan telah bermurah hati memberikan wang saguhati dan juga hadiah-hadiah berbentuk bekalan makanan dan peralatan elektrik kepada rakyat Perlis terutamanya yang miskin dan berpendapatan rendah selepas solat terawih. Inilah contoh pemimpin yang berjiwa rakyat.
Ironinya, di manakah suara 'ulamak' muda ini sewaktu menjawat Mufti Negeri Perlis sewaktu peristiwa ini berlaku? Tidak muncul pula bait-bait dari kitab As-Siyasah asy-Syar'iyyah fi Islah ar-Ra'i wa ar-Ra'iyyah oleh Ibnu Taymiyyah oleh Dr Mohd Asri untuk memperingatkan Dato' Seri Shahidan supaya terselamat dari fitnah dan 'mulut hodoh' parti pembangkang. Walhal, inilah formula yang sama yang digunakan oleh Dato' Seri Najib Tun Razak untuk menawan hati rakyat jelata sesuai dengan semangat demokrasi yang mengambil kira kehendak rakyat. Maka, janganlah perbuatan Dr. Mohd Asri ini laksana pukul anak sindir menantu ataupun kelak, habis madu sepah dibuang.
Jangan Jadi Seperti Datuk Nikah Kahwin
Melihatkan perbuatan Dr. Mohd Asri ini, mengingatkan penulis terhadap watak Datuk Nikah Kahwin dalam filem Musang Berjanggut oleh Tan Sri P Ramlee yang berkata:
"Tapi tidak mengapa. Undang-undang dalam negeri ini kanda yang bikin. Itu semua boleh padam. "
Ayat Al-Quran, hadith-hadith dan pendapat–pendapat ulama', sudah wujud ratusan malahan ribuan tahun. Namun, janganlah kita menjadi seperti Datuk Nikah Kahwin, yang mana hukum agama itu seolah-olah bikinan mereka semata-mata. Apabila mahu, diambil dan dicatit apabila terasa tidak kena dengan kepentingan tembolok, maka dibuang dan dipadam.
Oleh itu, sukalah penulis mengingatkan kepada Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, sejarah akan m! enilai sa! mada kita akan menjadi seorang yang berpendirian teguh seperti Ibnu Taymiyyah dan Imam Ahmad Ibn Hanbal ataupun seperti sesumpah yang mengikut selera ramai seperti penentang-penentang kedua-dua tokoh ulama' besar yang disebutkan tadi. Jika sekiranya pilihan kedua yang dipilih, maka sudah pasti Dr. Mohd Asri akan tercatat di dalam sejarah seperti watak Datuk Nikah Kahwin dan akan diingati sehingga akhir zaman sebagai musang berjanggut. Read More @ Source
More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治
Comments