Membuak Nanah dan Kosong Tindakan Itulah Manifesto Rakyat


25 Februari 2013 menjadi tarikh penting dalam agenda politik pakatan pembangkang apabila melancarkan manifestonya yang bertajuk Manifesto Rakyat: Pakatan Harapan Rakyat oleh enam watak utama yang mencorakkan perjalanan politik ke Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Manifesto Rakyat (MR) setebal 37 halaman itu bukanlah sesuatu yang luar biasa kerana rakyat sudah mengetahuinya sejak tahun 2008 lagi. Banyak perkara yang diulang semula dengan memberikan penegasan baharu, tetapi belum boleh dinilai sempurna kerana hanyalah cita-cita besar tanpa mekanisme yang jelas.

MR dibahagikan kepada lima segmen: rakyat bersaudara; ekonomi rakyat; kesejahteraan rakyat; kerajaan rakyat; dan harapan rakyat. Kesemuanya menggunakan istilah rakyat walaupun keseluruhan kandungan itu bukanlah kehendak rakyat, ia adalah janji beberapa orang pemimpin pakatan pembangkang untuk mempengaruhi sokongan rakyat.

Menerusi segmen rakyat bersaudara, enam perkara diberikan sorotan—berbilang kaum saling menghormati; hapus diskriminasi, miskin dibantu, lemah dibela; wanita, warga tua dan orang asal dimartabatkan; penghormatan ikhlas kepada Sabah dan Sarawak; menghayati Islam, menjamin kebebasan agama lain; dan sistem pendidikan baru merangku semua aliran—adalah pembungkusan semula apa yang sudah dan sedang dilaksanakan oleh kerajaan BN dan sebahagiannya sudah membuahkan hasil. Kalau begitu, tidak berlakulah sama menyaman oleh 50,000 ibu tunggal di Selangor !

Perpaduan kaum menjadi tunjang kekuatan Malaysia sejak terbentuknya Manifesto Perikatan 1955 dan asas itu juga turut membangunkan wajah dan bentuk Perlembagaan Persekutuan pada tahun 19! 57, serta Perlembagaan Malaysia selepas termeterainya perjanjian kemasukan Sabah, Sarawak dan Singapura pada tahun 1963 dan kemudianya terkeluarnya Singapura pada tahun 1965. Meskipun Perlembagaan dipinda beberapa kali, asas pembentukan negara tetap tidak berubah, antaranya perkara yang melibatkan keistimewaan orang Melayu, kedudukan Islam, Raja-Raja Melayu sedangkan perkara inilah yang hendak diubah oleh pakatan pembangkang.

Sejak menang dalam PRU 12, sudah ada tindakan untuk menolak hak dan keistimewaan orang Melayu dengan desakan penghapusan kouta pelajar di universiti awam, dalam perkhidmatan awam (termasuk tentera), dan paling mengecewakan ialah memberikan peluang kemasukan bukan Bumiputera di Universiti Teknologi MARA. Desakan itu kemudiannya dibantah keras, tetapi pakatan pembangkang memberikan tekanan merampas tanah yang dimiliki oleh Yayasan Basmi Kemiskinan Selangor untuk pembinaan kampus kedua UiTM di Serendah Selangor.

Dengan memberikan alasan perlu membayar cukai dalam tempoh tertentu dan melantik lembaga pengarah daripada PKR serta pengerusi projek itu adalah Menteri Besar Selangor, akhirnya menarik minat Kerajaan Melaka memberikan bantuan membantu membayar cukai yang ditetapkan. Soal perlantikan menduduki lembaga pengarah, YBK tidak bersetuju dan akhirnya Menteri Besar Selangor merampas tanah terbabit. Wang bayaran berjumlah jutaan ringgit dikembalikan. Bagaimanapun, tahun lalu mahkamah memberikan keputusan, YBK berhak ke atas tanah tersebut dan dendam pakatan pembangkang tetap membara.

Benarkah pakatan pembangkang sudah ada perancangan besar untuk membangunkan sistem pendidikan yang baru? Setakat yang tercatat dalam MR hanyalah menubuhkan lima buah universiti teknikal dan 20 buah sekolah vokasional. Cadangan pakatan pembangkang yang lain seperti pendidikan percuma sudah dilaksanakan oleh kerajaan BN di mana setiap warganegara yang memasuki sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan tidak lagi dikenakan apa-apa bayaran yuran, skim pinjaman buku teks kepada semua pelajar d! an sejak ! tahun lalu, bantuan setiap pelajar sebanyak RM 100 diberikan bagi meringankan beban ibu bapa membuat persiapan permulaan persekolahan.

Di peringkat pendidikan tinggi, kerajaan telah menyediakan peluang yang lebih luas menerusi pembiayaan sepenuhnya universiti awam, manakala pelajar hanyalah perlu membayar kurang daripada sepuluh peratus kosnya. Bagi menampung keperluan tersebut, disediakan tabung pinjaman di mana peminjam hanya perlu membayar selepas enam bulan tamat belajar dengan caj perkhidmatan terendah, iaitu satu peratus. Bagi pelajar yang cemerlang, iaitu mencapai tahap kelas pertama akan dikecualikan membayar balik pinjaman.

Maknanya, sudah ada mekanisme pendidikan percuma dan terpulanglah kepada para pelajar sama ada mahu menyambutnya atau tidak. Jika berusaha bersungguh sehingga mencapai tahap kelas pertama, mereka akan menikmati betapa manisnya kehidupan ini kerana dilepaskan daripada membayar hutang kerana sudah ditukarkan menjadi hadiah biasiswa. Ia boleh diinterpretasikan sebagai pendorong yang besar untuk berprestasi cemerlang.

Pembiayaan pendidikan memang besar dan setiap tahun hampir dua puluh peratus daripada peruntukan mengurus diberikan kepada sektor pendidikan. Dalam MR tidak dijelaskan berapakah jumlah yang sedia diperuntukkan dalam sektor pendidikan, termasuk kos pembinaan lima buah university teknikal dan 25 buah sekolah vokasional.

Malaysia sebenarnya sudah mempunyai 20 buah universiti awam termasuk 6 buah university bersifat teknikal dan teknologi, iaitu Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Teknikal Melaka (UTem), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Ini bererti MR hanya membungkuskan semula senarai universiti awam yang sedia ada dan jika bersedia menambahkan lima buah lagi, tentunya pakatan pembangkang perlu memikirkan semula keperluan kewangan dan perancangan sumber manusia. Dalam MR tidak dijelaskan bagaimana ianya akan ! direalisa! sikan.

Hasrat untuk membina 25 buah sekolah vakasional perlukan juga perancangan yang teliti dan untuk menjayakannya, ia memerlukan banyak persiapan baik dari segi pembinaan tenaga pengajar, kurikulum selaras dengan keperluan industri dan kelengkapan peralatan. Kos sesebuah sekolah vokasional adalah berlipat ganda daripada sekolah akademik, kerana tenaga pengajarnya mestilah dilatih terlebih dahulu dalam persekitaran industri dan peralatan yang digunakan mestilah yang memenuhi ciri state of the art. Dalam Pelan Strategik Transformasi Pendidikan Vokasional, enrolmen pelajar akan bertambah dari 45,020 orang pada tahun 2012 kepada 186,300 pada tahun 2020 manakala bilangan institusi bertambah dari 78 buah (2012) kepada 182 (2020).

Berdasarkan unjuran ini, MR tidaklah membuktikan kesungguhan usaha kerana di bawah KPM (Kementerian Pelajaran Malaysia) sasarannya adalah jauh lebih besar. Cadangan MR "dilengkapkan dengan kurikulum baru mengikut kehendak ekonomi semasa" juga tidak jelas, kerana bidang keutamaannya adalah terlalu kabur sedangkan KPM sudah pun mempunyai rangka kerja yang lengkap dan sedia dilaksanakan.

Retorik MR juga terpancar menerusi Reformasi Pendidikan Meransang Ekonomi kerana belum sedar bahawa sistem pendidikan arus perdana sudah pun memulakan proses penilaian pencapaian pelajar bukan lagi berasaskan sistem peperiksaan berpusat yang menyebabkan para pelajar tertekan dan guru-guru terpaksa menghabiskan kurikulum sebelum tibanya akhir tahun.

Dalam sistem penilaian baru, yang diperkenalkan sejak tahun 2011 di peringkat sekolah rendah dan pada tahun 2013 di peringkat Tingkatan Enam Rendah, para pelajar dinilai berasaskan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Penilaian pencapaian pelajar akan direkodkan oleh guru sepanjang masa dan pada akhirnya para pelajar akan diuji dari segi penguasaan pengetahuan berdasarkan Standard Prestasi yang melihat kemajuan dan pertumbuhan pembelajaran.

Pada tahun 2016, UPSR akan menggunakan kaedah ini dan di peringkat PMR p! ada tahun! 2014. Tujuannya ialah menghasilkan modal insan bertaraf dunia dan kebolehpasaran yang tinggi. Berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) atau Education Blueprint 2013-2025, MR sudah jauh ketinggalan kalau nak diukur kerana sebuah Suruhanjaya Di Raja tidak lagi diperlukan untuk mengkaji sistem sistem pendidikan Malaysia.

Hampir setahun lamanya KPM telah membangunkan instrumen penting untuk membina pelan transformasi pendidikan yang lebih menyeluruh dengan mengambil kira perkembangan dunia semasa dan keperluan masa depan, pandangan para pakar dalam dan luar negara, serta kajian-kajian peringkat antarabangsa. Laporan Akhir PPPM dijangka akan dimuktamadkan pada bulan Mac 2013 manakala Laporan Awal telah pun dilancarkan pada 11 September 2012 oleh Perdana Menteri.

Berasaskan kepada perkembangan tersebut, MR masih belum menemui ramuan terbaik untuk merombak sistem pendidikan negara yang dianggap terlalu berasaskan peperiksaan dan tidak mendahului keperluan ekonomi negara. Secara realitinya, KPM sudah lama menyedari keperluan tersebut, dan sebahagian mekanismenya sudah dilaksanakan bukan berada di peringkat awing-awangan sebagaimana tertera dalam MR.

Ekonomi Lestari turut terkandung dalam MR, tetapi hanya dengan memberikan penegasan untuk menghentikan serta merta operasi Lynas, mengkaji Projek RAPID di Pengerang, Johor dan mereformasi semua undang-undang berkaitan dengan pembalakan dan kawal selia pembalakan. Soalnya, kenapakah MR tidak memberikan penjelasan bagaimana untuk menyekat kerajaan Kedah yang membinasakan ribuan hutan simpanan dan kawasan tadahan air di Tasik Pedu dan Bukit Inas di Baling.

MR juga tidak memberikan perhatian serius mengenai kerosakan kehidupan masyarakat orang Asli di Kelantan setelah kawasan tanah tinggi lojing digondolkan oleh kerajaan PAS yang menganggotai pakatan pembangkang. Bukankah kesemua penerokaan sumber hutan tanpa kawalan itu sebenarnya mengundang bahaya besar orang ramai. Rakyat Kelantan sudah merasai kesengsaraannya, air s! ungai yan! g jernih berwarna teh susu manakala hasil balaknya entah ke mana. Bukankah itu suatu bentuk penderaan mental dan fizikal yang sedang berlaku ke atas rakyat yang memberikan sokongan kepada pakatan pembangkang sejak tahun 2008? Rakyat terpaksa membayar harga yang mahal untuk hidup dan bernafas kerana ekosistem sudah teruk tercemar.

Mengapa perlu dipersoalkan mengenai Lynas sedangkan sudah dibuktikan operasinya tidak mendatangkan bahaya dan kemungkinan kebocoran radiasi. Kenapa pakatan pembangkang perlu mengkaji semula projek RAPID dan bukannya pembangunan terminal memproses gas dan minyak yang sedang dibangunkan di Kelantan? Bagaimana pula dengan terminal penapisan minyak dan gas di Kertih? Jawabnya ialah kerana Pahang dan Johor menjadi sasaran pakatan rakyat untuk menang dalam PRU 13 manakala Kelantan diandaikan boleh dipertahankan dan Terengganu dalam genggaman.

Jawabnya pakatan pembangkang sebenarnya sedang membina mimpi ngeri untuk menang. Sebagaimana sifatnya orang yang bermimpi, dirinya separuh sedar manakala fikirannya membayangkan sesuatu yang tidak berpijak dengan realiti. MR sebenarnya dibina dalam situasi itu, situasi yang tidak melihat bahawa persekitaran sudah terlalu jauh berbeza dengan suasana sebelum PRU 12. Pakatan pembangkang masih berangan-angan seperti suasana pada tahun 2008, kerana itulah banyak idea dalam MR merupakan gubahan semula dalam susunan baru untuk mendepani PRU 13 yang tidak mungkin memberikan kemenangan mudah buat DAP-PKR-PAS.

Pakatan pembangkang masih tercari-cari formula terbaik, dan kerana itulah formula 2008 dipersembahkan semula. Hasilnya, pakatan pembangkang terpaksa meneran kesakitan apabila terlalu banyak isu yang membelenggu antara mereka, dan ini tentunya turut menyentuh makna manifesto. Pakatan pembangkang tidak perlukan manifesto, kerana ia hanyalah sekadar mengabui rakyat. MR hanyalah bercakap money atau bagaimana untuk mendapatkan kuasa daripada kepercayaan rakyat walhal parti itu penuh dengan nanah dan kekosongan usaha.

MR ha! nyalah ra! ngkaian perkataan –money, fest atau fester, 0 –wang atau kuasa; kerana manifesto 2008 semakin membuak-buakkan nanah; dan hanyalah kenyataan kosong. Manifesto bukanlah janji, ia hanyalah mimpi yang belum pasti dan hanyalah cita-cita besar seorang yang masih dalam keadaan koma.

Muhamad Irfan Iskandar
Read More @ Source



More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??

Scandal: Alyssa The Scandal Queen

Thank you, 2012