Manifesto Pakatan Macam Kitab Cerita Dongeng!!
February 26, 2013 · 5 Comments
PENULIS sudah selesai melihat keseluruhan Manifesto pembangkang ini sebentar tadi. Banyak yang penulis nak argue tapi bila memikirkan Manifesto ini hanya bersifat 'tawaran', bukan nak dilaksanakan pun, penulis batal hasrat tersebut kerana nak menjaga kualiti masa.
Tapi satu yang nyata, buku manifesto itu memang cantik, terang, seronok mata memandang, sampai penulis terlupa, Pakatan Rakyat yang disebut banyak kali dalam manifesto tersebut sebenarnya tak wujud pun!!
Sesiapa pun kalau nak percaya janji orang, kita mesti kenal orang tu, macam mana rupanya, wujud tak wujud. Kalau syarikat tawar nak beli barang pun begitu juga, syarikatnya wujud ke tidak, officenya mana, siapa tuan punya dan sebagainya
Bercakap pasal Pakatan Rakyat ni, apa yang dia ada sehingga rakyat nak percayakan cakap dia? Past record, current record? Tahun 2008 rakyat yang mengundi pembangkang bukan pilih Pakatan Rakyat, dia pilih Barisan Alternatif.
Yang melayu percaya PAS dan PKR, bukan Melayu PKR dan DAP. Siapa sangka habis pilihanraya Anwar bubar terus Barisan Alternatif dan tubuh Pakatan Rakyat yang termasuk di dalamnya DAP dan PAS sekali!!
Masalah orang kita hari ini, mudah percaya janji manis. Letak gambar dalam facebook yang mancung-mancung sikit, ayat power sikit, dah tergamak bagi duit, bagi barang dan paling teruk tu, bagi body pun ada.
Golongan macam inilah yang Anwar Ibrahim suka nak manipulasi. Dia tahu, mana-mana tempat pun, jenis orang macam ini memang wujud, itu yang dia berani tipu macam-macam pasal confirm ada juga yang cukup bodoh nak percaya.
Sebab itu Manifesto macam ini laku walaupun terang-terang takdak kredebiliti, intergriti dan apa yang lainlah.
Apatah lagi dalam manifesto ini banyak sangat percanggahan dengan bukti yang ada depan mata. Contohnya nak buat rumah kos rendah, pendidikan percuma, air murah dan apa bagai ni, semuanya mereka ada keupayaan melaksanakan di negeri-negeri yang diperintah masing-masing sekarang, tapi hampeh!!
Ini bukan tahun 2008 dimana tidak ada apa yang kita nak bandingkan (melainkan Kelantan). Sekarang ini ada tambahan 3 kerajaan negeri pembangkang dan beratus-ratus janji bulan bintang yang kita lihat, mana bukti kejayaannya? Ada yang dibuat tapi tak sepenuhnya dan lebih banyak yang tidak dibuat langsung pun!!
Jadi nak percaya buat apa?
Kita patut belajar dari kisah itu dan mengambil iktibar. Kita ni (rakyat) sebetulnya kena kencing saja dengan puak-puak ni. Keutamaan dia bukan rakyat, tapi dia tu sendiri seronok nak jadi Perdana Menteri, nak jadi Menteri, nak jadi Duta dan sebagainya.
Jadi kita patut ambil iktibar tentang ini. Tidak ada apa pun berkenaan pembangkang ini yang boleh kita pakai cakapnya. Yang dah kena, kenalah, jangan diulangi lagi, yang belum kena jangan cuba cari pasal saja-saja nak kena pulak.
Depan mata ada kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak yang bersungguh-sungguh berkhidmat untuk rakyat. Takdak tawaran, tawaran, apa dijanji, dikotakan. Pemimpin macam inilah yang kita patut gantungkan harapan, bukan Anwar Ibrahim!!
By Adamyan
More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治
Comments