Tiang-tiang Kemenangan Pakatan Rakyat Mula Runtuh
Semenjak memenangi beberapa negeri dalam pilihanraya 2008, Pakatan Rakyat semakin ghairah dan rakus berpolitik dalam usaha untuk mengulangi sejarah dengan merampas beberapa negeri lagi dalam pilihanraya yang akan datang. Saban hari PR berpolitik dengan sepenuh hati dan perasaan, menumpukan seluruh tenaga dan jiwa raga untuk memburukkan kerajaan BN serta manabur janji-janji manis. Tidak cukup dengan ceramah, mereka juga tidak jemu-jemu mencari peluang dan ruang untuk berdemonstrasi.
Sepanjang sepenggal, kesungguhan PR bekerja terbukti dari jumlah demonstrasi yang diadakan oleh rangkaian NGO yang saling memperalatkan sesama sendiri untuk mencapai matlamat yang sama, iaitu menjatuhkan kerajaan BN.
Antaranya, Bersih 2.0 pada Julai 2011, Bersih 3.0 28 April 2012, Himpunan Janji Demokrasi pada malam 31 Ogos 2012, beberapa siri Himpunan Hijau menentang Lynas, Himpunan Royalti Minyak Kelantan, Himpunan 901 membebaskan Anwar Ibrahim, siri jelajah Himpunan Kebangkitan Rakyat, siri Himpunan Oren Menentang Penyenaraian FGVH dan bermacam-macam himpunan lagi.
Melihat dari gaya politik yang menggila itu, kita jangkakan momentum politik PR akan bertambah rancak dan hebat di saat-saat akhir menjelang pilihanraya. Walaubagaimanapun, jangkaan kita ternyata silap.
Hanya beberapa bulan sebelum PRU-13, PR nampaknya sudah keletihan akibat berpolitik yang keterlaluan dan tanpa batasan. Himpunan-himpunan yang diadakan mereka semakin lesu, hambar, sehinggakan perhimpunan khas parti mereka juga sudah kehilangan taring, kalaupun tidak kehilangan arah. Contohnya, Konvensyen Kebangsaan DAP yang menyaksikan kehadiran yang merosot teruk serta Muktamar PAS yang anti-klimaks dengan doa K.O yang memakan diri.
Selain itu, Himpunan Oren yang terkini iaitu pada 28 Disember lalu juga dihadiri tidak sampai 1,000 orang berbanding sasaran 30,000 dan walaupun setelah terdapat arahan rasmi dari pihak PAS agar ahli-ahli mereka menyertainya.
Begitu juga dengan Himpunan Hijau merangkap mogok lapar pada 27 Disember - 30 Disember, yang menjanjikan acara kemuncak penyertaan sehingga 10,000 kereta dan motorsikal untuk berarak menuju ke kilang Lynas, hanya mampu menarik lebih kurang 50 orang iaitu satu jumlah yang amat memalukan.
Lebih-lebih lagi apabila para peserta mogok lapar yang sudah hilang semangat mengambil keputusan untuk makan tanpa bersembunyi-sembunyi lagi sehingga dapat dirakam dengan mudah oleh para wartawan.
Nampaknya, acar! a kemuncak yang dijanjikan menjadi satu kemuncak kebodohan ketara pihak Himpunan Hijau. Sedangkan, merekalah antara harapan terakhir PR untuk meningkatkan momentum serangan dalam menuju PRU-13.
Umum sedia maklum bahawa Himpunan Oren didalangi secara langsung oleh PAS dan Himpunan Hijau pula berada di bawah telunjuk DAP, dengan PKR sebagai ëhiasaní di permukaan. Oleh itu, kedua-dua himpunan ini secara tidak langsung merupakan penanda aras untuk mengukur tahap sebenar sokongan rakyat terhadap PR.
Dengan sambutan yang begitu memalukan dalam kedua-dua himpunan tersebut, maka jelaslah bahawa PR sudah mula runtuh. Ia runtuh akibat didirikan atas tiang yang rapuh dan berdasarkan ukuran yang salah. Prinsip yang berlainan, matlamat yang berbeza serta campuran sikap bodoh, riak, rasis, ekstrem, liberal, dan juga kukubesi yang ada di dalam diri para pemimpin PR menyebabkan parti itu tidak pernah berdiri dalam keadaan tegap, yakin dan sempurna tetapi telah pun bergoyang dan terhoyong hayang sejak dari mula.
Masa sudah begitu suntuk untuk PR memperbaiki keadaan tiang yang senget dan binaan yang kian hancur. Kredibiliti para pemimpin dan parti mereka juga kini sedang mereput di depan mata rakyat. Segala laungan mereka sebelum ini konon menentang korupsi dan memperjuangkan kerajaan yang adil dan telus kini bagai meludah di muka sendiri.
Apa yang menyedihkan mengenai kehancuran PR ini ialah apabila negeri-negeri yang diperintah mereka juga turut mengalami kehancuran yang sama.
Bayangkan, dalam masa hanya sepenggal, mereka telah mampu menggondolkan hutan dan mengorek pasir sehingga menyebabkan pencemaran dan bencana, mampu menyusun perlaksanaan jangka panjang untuk meminggirkan kaum bumiputera, mampu menambah bilangan pusat hiburan dan maksiat sehingga tidak terkawal. Justeru, jika mereka terus memerintah untuk sepenggal saja lagi agak-agak kita, berapa batang balakkah yang tinggal di Kedah? Berapa kaki tanah sahaja yang tinggal untuk rakyat Kelantan? Berapa banyak lagi pusat maksiat di Selangor? Dan berapa orangkah Melayu yang boleh terus ësurviveí di tengah-tengah bandaraya Pulau Pinang?
Rakyat wajar menyedari hakikat ini sebelum kita semua turut jatuh, hancur dan terkambus bersama-sama dengan PR bagaikan rakyat di negara Sodom dan Gomorrah.
More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治
Comments