Krisis Air Selangor: LUAS Jadi “Pandai” Lepas Dipuji Khalid?

December 28, 2012   ·   9 Comments

LUAS

Saya agak terkejut apabila Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) yang ditubuhkan oleh kerajaan BN di Selangor kini bersikap pembelit "putar alam" setelah kerajaan negeri itu diambil alih oleh Pakatan Haram.

Pengarahnya, Md. Khairi Selamat baru-baru ini mengeluarkan kenyataan senada dengan MB Selangor, Khalid "Gagap", kononnya sumber air di negeri termaju itu cukup untuk kegunaan rakyat sehingga tahun 2030.

Katanya, hanya 40% dari sumber air larian di permukaan diperlukan bagi menampung kekurangan sumber bekalan air bersih di negeri itu.

Untuk makluman, air larian di permukaan yang dimaksudkan itu merangkumi air hujan yang jatuh tu ditadah dan dikumpulkan samada nak buat benteng, kolam atau apa-apa jenis takungan, LUAS belum umumkan sehingga kini.

Merujuk kepada kenyataan LUAS, pengarahnya yang "cerdik pandai" cakap sumber air yang boleh digunakan adalah sumber lombong, kolam dan termasuk longkang, lecak serta takungan yang ada di Selangor. Semua kawasan yang boleh ditakung air akan dicampurkan sekali..

Pertamanya, saya tertanya-tanya mengapa kenyataan LUAS sangat berbeza berbanding yang dinyatakan pada kajian industri air pada tahun 2000 dulu?

Dulu, LUAS sendiri menyatakan bahawa sumber air di Selangor tidak cukup dan setuju menambah sumber baru air mentah di Selangor setelah dikejutkan dengan Krisis Air 1998 serta menyokong pembinaan loji Langat 2 yang bersumberkan air dari Pahang.

Mengapa kini LUAS berpusing 360 darjah? Atau Pengarah LUAS dipaksa diugut Khalid untuk mengeluarkan kenyataan menyokongnya?

Menurut dari laman web LUAS…

"Ahli Lembaga Pengarah LUAS dipengerusikan oleh Dato' Menteri Besar Selangor. Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor sebagai Timbalan Pengerusi dan Pengarah LUAS sendiri sebagai Setiausaha."

Nampak tak? Dulu Khalid cakap dia tak bekukan Capex SYABAS.  Memang benar kerana surat tersebut ditandatangani, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Khusrin dan kini Pengarah LUAS selaku setiausaha pula kata air mentah di Selangor cukup sampai 2030. Kalau tak dengar cakap "boss", silap haribulan dapat gelaran "bodoh" dan tak mustahil hilang kerja pula nanti..

Pengarah LUAS mahu rakyat Selangor dan Lembah Klang minum air lombong dan air hujan? Apa kata kalau dia dan keluarganya dulu yang minum?

Saya tak tahu dari mana LUAS dapat idea bodoh untuk mengumpul air hujan, lombong dan sebagainya. Apakah LUAS mahu semua rakyat Selangor menakung air hujan di dalam baldi atau mengorek telaga?

Kemudian LUAS mahu memaksa rakyat membeli teknologi membran untuk memproses air dari sumber tersebut? Atau LUAS mahu SYABAS kutip air dari setiap rumah dan dibawa ke loji rawatan air untuk diproses?

Jika diharapkan air dari lombong, apakah air dari sumber itu akal kekal tidak berkurangan dan seperti "telaga air zam-zam" di Mekah yang tidak pernah kering? Kalau musim kemarau nanti bagaimana?

Apakah LUAS mahu membina loji berteknologi membran di setiap lombong, sungai dan parit di Selangor? Bagaimana pula dengan paip-paip untuk menyalurkan air kepada rakyat? Nak suruh SYABAS kutip pakai lori lagi, kah?

Kalau nak pakai lori, maka Kerajaan Selangor ada alasan lagi nak beli lori. Bisnes model ni bagus sebab boleh suruh Ronnie Liu beli lagi lori tangki air dari China, sama macam beli lori sampah dulu. Kayalah lagi kroni Pakatan Haram dan Khalid pula akan dapat sebuah lagi "bas baru"?

Khalid selama ini kerap menghina para pegawai kerajaan, tetapi baru-baru ini dia puji LUAS sebagai "agensi terbaik" dalam memantau bekalan air di Selangor. Ada udang sebab batu ke? Lepas dipuji Khalid, LUAS terus jadi pandai pulak?!!! Kenyataan terancang Khalid-LUAS?

By


Read More @ Source



More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??

Scandal: Alyssa The Scandal Queen

Thank you, 2012