Pemimpin Kanan Pakatan Rakyat Takut Sertai Himpunan Oren
December 28, 2012 · 0 Comments
Tika ini kemarahan sebahagian rakyat Kelantan terhadap PAS sedang meluap-luap berikutan skandal tanah hutan balak seluas 10,526 ekar di Gua Musang yang kini telah menjadi hak milik pemimpin DAP dari Perak.
Rupanya tak terdetik walau sezarah pun rasa bersalah dalam hati nurani pemimpin PAS sebaliknya dicubanya pula untuk mengalih perhatian ramai dengan mengadakan Himpunan Oren Selamatkan FELDA di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.
Kononnya usaha mengadakan himpunan ini salah satu tujuannya untuk menyelamatkan tanah peneroka FELDA yang didakwa akan tergadai berikutan penyenaraian FGVH di BSKL disamping menuntut pemecatan Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi FELDA.
Sibuk betul PAS dengan untung nasib peneroka FELDA walhal nasib peneroka Ladang Rakyat di Selatan Kelantan yang terumbang ambing dengan hanya mendapat dividen RM200 sebulan sahaja sampai sekarang tak terbela.
Tanah berpuluh ribu ekar tergadai ke tangan pemimpin Cina DAP tak pula PAS sibuk ambil tahu untuk memperbetulkan kesilapan, sebaliknya lebih sibuk usung cerita lain untuk alih pandangan ramai.
Maka beriya-iya PAS dan NGO ANAK yang diketuai AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman mempropagandakan himpunan anti FELDA itu kononnya akan dihadiri oleh lebih 30,000 orang peneroka FELDA dari seluruh negara.
"Kita akan menghimpunkan 30 ribu orang, bukan sahaja warga Felda tapi gabungan NGO lain kerana isu Felda sudah menjadi isu nasional seperti juga skandal Scorpene dan projek Lynas," demikian kata Mazlan pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut minggu lepas.
Tinggi melangit angan-angan yang dihajatinya. Itu standardlah, dalam bab bermain propaganda angka dan nombor sudah menjadi budaya PAS sejak azali lagi. Memanjang gebangnya besar mengalahkan bas.
Namun bila tiba sahaja hari perhimpunan berlangsung, akhirnya hanya kurang dari 1,000 orang sahaja yang hadir di mana rata-ratanya adalah ahli dan penyokong PAS yang telah menerima arahan rasmi dari Setiausaha AGung PAS, Mustafa Ali supaya meramaikan program himpunan itu yang diadakan selepas Solat Jumaat.
Mana peneroka FELDA yang dikatakan 30 ribu akan hadir sama?
Tak wujud pun 30 ribu orang peneroka di himpunan tersebut, hanya beberapa puluh orang sahaja yang benar-benar berstatus peneroka, baki lebih 95% lagi adalah ahli dan penyokong PAS yang walau sesaat pun tidak pernah melalui kehidupan sebagai peneroka FELDA.
Mana pula pemimpin-pemimpin kanan PR khususnya dari PAS dan PKR, misalnya Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang?
Langsung tak nampak muka, sebab mereka tahu dengan menyertai himpunan yang tidak popular seperti ini hanya akan menjatuhkan air muka sahaja. Itu yang masing-masing takut menyertainya. Takut malu beb!.
By tengkudin
More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治
Comments