Memperingati Kalabakan
Maghrib hari ini 49 tahun lampau disebuah pos keselamatan sementara bertempat dalam sebuah ladang kelapa sawit di Kalabakan, Tawau, Sabah Timur Laut, C Kompeni dari Battalion ketiga Rejimen Askar Melayu DiRaja bawah Pegawai Memerintah Mej. Zainal Abidin Yaacob telah diserang semasa menunaikan sembahyang jemaah. Serangan itu dilakukan oleh 'sukarelawan' Tentera Kalimantan, yang dipercayai meyeberang dari sempadan Indonesia.
Pertempuran sengit berlaku dan C Kompeni berjaya bertahan tanpa berundur. Walaubagaimanapun, 7 orang perwira Askar Melayu termasuk Pegawai Memerintah Mej. Zainal Abidin telah gugur manakala 16 lain cedera.
Serangan 'tidak rasmi oleh sukarelawan' seperti ini amat kerap diperbatasan yang bersempadan dengan Indonesia seperti Johor, Sarawak dan Sabah apabila Sabah, Sarawak dan Singapura menyertai Persekutuan Tanah Melayu dan membentuk Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. Sebagai reaksi, Presiden Indonesia ketika itu Sukarno melamcarkan 'peperangan tidak rasmi' atau Konfrontasi dengan Malaysia atas cogankata 'Ganyang Malaysia'.
Tentera tentera Indonesia yang tidak beruniform dan disifatkan sebagai 'sukarelawan' menyeludup masuk ke sempadan Malaysia untuk melakukan serangan gerila.
Peristiwa Kalabakan menjadi bukti kommitmen orang Melayu Semenanjung melalui Rejimen Askar Melayu DiRaja yang bersumpah taat setia kepada Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dan sekelian Raja Raja bersedia untuk berkorban demi mempertahankan sempadan dan kedaulatan negara tidak dicerobohi. Ini juga bukti bahawa kebebasan Sabah dan seluruh warga Sabah dibawah Perlembagaan Pesekutuan akan dipelihara dan pertahankan dalam apa keadaan sekali pun.
Read More @ Source
More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治
Comments