Anti Lynas: Mogok Lapar Atau Berlagak Lapar? Kan Dah Kantoi…
December 31, 2012 · 7 Comments
Sedari awal lagi dah ramai yang menjangkakan kempen mogok lapar sebagai bantahan terhadap kilang pemprosesan bahan nadir bumi (rare earth) Lynas hanyalah satu propaganda politik yang mengarut tajaaan parti pembangkang yang tujuannya sekadar untuk menarik perhatian umum.
Malah sejak kempen ini diwar-warkan pada umum ramai yang agak meragui para pesertanya akan benar-benar sanggup berlapar 100 jam tanpa makan, sementelah lagi kempen berjalan kaki 300km dulu pun dilakukan secara bermuslihat untuk mengabui pandangan ramai.
Bila sahaja kempen mogok lapar ini bermula pada 27 Disember 2012 pun sudah menunjukkan tanda-tanda ia akan gagal apabila hanya sekitar 50 hingga 60 orang sahaja yang 'membanjiri' satu sudut Dataran Merdeka bertentangan dengan Bangunan Sultan Abdul Samad.
Semalam (30 Disember 2012) telah masuk hari ke-4 kempen mogok lapar berlangsung yang turut melibatkan beberapa orang peserta kanak-kanak. Kebetulannya angka 4 bagi masyarakat Cina bermaksud 'si' ataupun 'mati', satu angka yang dianggap suwey dan sial.
Menariknya mungkin dek kerana suwey dan sial itu agaknya, semalam jugalah para peserta mogok lapar pro PR itu telah kantoi apabila dilihat sedang mentekedarah (makan) di restoran dan hotel berdekatan. Kantoi makan ketika kempen mogok lapar baru masuk hari ke-4. Suwey betul. ha..ha..
Siap ada yang tapau makanan lagi untuk rakan-rakan yang kononnya sedang mogok lapar. Kantoi yang amat memalukan.
Dalam artikel sebelum ini di MyKMU.Net klik sini, ada dipaparkan beberapa gambar para peserta anti nadir bumi Lynas kantoi ketika sedang menggunakan beberapa gadget komunikasi yang komponen dalamannya diperbuat daripada elemen nadir bumi.
Mereka bantah kilang rare earth tapi dalam diam mereka menyokong pula industri elektronik dan telekomunikasi yang menggunakan bahan elemen nadir bumi dengan menggunakan pelbagai gadget canggih seperti Ipad, Galaxy Tab dan Phone. Kantoi
Kali ini mereka kantoi menipu khalayak kononnya akan mogok lapar 100 jam tanpa sebutir nasi dan makanan, alih-alih yang terdedah pada umum sebenarnya para peserta hipokrit ini hanyalah berlagak lapar, satu sandiwara dan wayang untuk mencuri tumpuan umum ramai sahaja.
Apapun, tahniah kepada jurugambar dan wartawan MyNewsHub.My di atas pendedahan ini, baru terbuka mata ramai penyokong haprak PR. Baca berita di bawah yang dipetik dari portal MyNewsHub.My.
KUALA LUMPUR – Sebahagian daripada kumpulan 18 'pejuang alam sekitar sejati' yang menganjurkan mogok lapar selama 100 jam bermula pukul 8 malam Khamis lalu hari ini dikesan makan tengahari di sebuah hotel dan beberapa restoran berhampiran Dataran
Merdeka.Jurugambar kami berjaya mengesan perbuatan itu sebentar tadi yakni ketika mogok baru sahaja mencecah masuk ke 63 jam.
Menurut jurugambar berkenaan, peserta mogok pada awalnya memperlihatkan kepada orang ramai sekitar dataran bahawa mereka dalam keadaan yang sangat lemah. Bagaimanapun selepas beberapa ketika, seorang demi seorang mula hilang dari tempat mogok lapar terbabit.
Mengesyaki sesuatu, jurugambar Mynewshub mula menjejaki mereka secara senyap dan akhirnya berjaya menemukan sebahagian peserta yang makan dengan pantas di beberapa kawasan sekitar Dataran Merdeka.
Malah lebih memeranjatkan, sebahagian peserta yang dikatakan merupakan ahli DAP dilihat menerima bungkusan makanan yang dihantar kepada mereka.
Memetik kenyataan penganjur program berkenaan sebelum ini, Tan Woen Tian berkata, mogok lapar selama 100 jam itu sebagai protes terhadap beberapa isu alam sekitar dan kemasyarakatan.
Mogok lapar itu jelas beliau akan berakhir pada detik tengah malam Tahun Baru 2013. Pesertanya – yang juga akan terdiri daripada remaja dan pesara – hanya akan minum air botol sepanjang tempoh tersebut (petikan Malaysiakini).
Woen Tian berkali-kali menegaskan aspek hanya minum air berkenaan ketika sidang media pada malam pelancaran kempen itu. Beliau bagaimanapun sama sekali tidak menyentuh mengenai 'aktiviti makan diam-diam' seperti yang ditemui pihak kami hari ini.
Beliau juga tidak sekali pun mengatakan ia adalah kempen 'sepatutnya lapar' tetapi bertegas ia adalah mogok lapar selama 100 jam.
Anggota jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0, Wong Chin Huat yang sebelum ini bersemangat juga tidak kelihatan di Dataran Merdeka hari ini.
Selanjutnya baca di MyNewsHub, klik sini.
By HackerXP
More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治
Comments