Tok Him sendiri buat laporan polis tengahhari besuk

Selalunya bila Perkasa buat laporan polis, ianya dilakukan oleh pemegang jawtan yang lain atau ahli-ahli Dewan Tertinggi Perkasa. Kali ini Dato Ibrahim Ali sendiri yag akan buat laporan polis.
Bila Presiden Perkasa yang pergi, maka ramailah akan pergi.
Besuk Disember 29hb pada pukul 2:30 petang, Ibrahim Ali diiringi Timbalan presiden, Dato Abd Rahman Bakar akan buat dua laporan polis terhadap ancaman Anwar untuk lakukan huru hara ala Tahrir Square di Mahkamah pada Januari 9hb ketika sebutan keputusan hakim.
Ibrahim ali juga akan buat laporan polis terhadap Ketua Paderi Kristian yang mengatakan pasal 153 mengenai hak keistemewaan orang Melayu/Bumiputera adalah membuli kaum lain.
Ini amat bertentangan dengan semangat perjanjian untuk memberi bukan Melayu kerakyatan dengan syarat menyetujui fasal 153 dan lain-lain fasal mengenai bahasa Melayu, ugama Islam, Raja Melayu, dll.
Semua fasal ini diletakkan demi menjaga keselamatan negara dan kenyataan paderi tersebut berniat menghuru harakan dan menjejaskan keselamatan negara.
More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治
Comments